Browsing by Author "Siti Samihah Mohd Yusoff"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Masyarakat Islam Dalam Melaksanakan Amalan Ibadah Ketika Pandemik Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Siti Samihah Mohd Yusoff ;Noornajihan Ja’afar ;Muhammad Hafiz Saleh ;Ismail AbdullahAhmad Sanusi AzmiMalaysia telah mengesahkan kes COVID-19 yang pertama di negara ini pada 25 Januari 2020. Tahun 2021 merupakan tahun kedua rakyat Malaysia berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai tindakan pencegahan untuk mematahkan rantaian COVID-19. Tindakan pencegahan ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah dan menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Tidak terkecuali juga ianya memberi kesan terhadap aktiviti beribadah bagi masyarakat Islam. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam dalam melaksanakan amalan ibadah ketika pandemik dan penyelesaian kepada perkara tersebut. Di samping itu, kajian ini juga mengemukakan ayat-ayat Al-Quran berhubung dengan perintah untuk beribadah kepada Allah s.w.t dan amalan-amalan ibadah yang dianjurkan bagi setiap Muslim. Metodologi yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis laporan, SOP serta artikel yang berkenaan. Hasil dapatan kajian ini termasuklah cabaran dan penyelesaian pelaksanaan amalan ibadah yang terkesan antaranya aktiviti di masjid dan surau seperti solat berjemaah, ceramah dan tazkirah, aktiviti di bulan Ramadan dan di hari perayaan, ibadah haji dan umrah, serta zakat dan sedekah. Hasil kajian ini dijangkakan akan menyediakan panduan dan maklumat kepada masyarakat Islam dalam melaksanakan amalan ibadah wajib dan sunat ketika menghadapi pandemik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Amalan Ibadah Bagi Masyarakat Islam Semasa Menghadapi Pandemik Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Siti Samihah Mohd Yusoff ;Noornajihan Ja’afar ;Muhammad Hafiz SalehIsmail AbdullahPandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi global kerana masyarakat tidak dapat melakukan aktiviti harian terutamanya keluar bekerja. Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula dari 18 Mac 2020 yang menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah untuk mematahkan rantaian COVID-19. Dalam menghadapi pandemik koronavirus yang semakin hari semakin bertambah kes baharu dan kes kematian yang dilaporkan di seluruh dunia, masyarakat Islam seharusnya mengambil iktibar di atas setiap kejadian yang berlaku, terus bersabar dalam menghadapi ujian, dan memperbanyakkan amalan ibadah terhadap Allah s.w.t. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas dan menganalisis beberapa ayat Al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad s.a.w berhubung dengan perintah untuk beribadah kepada Allah s.w.t dan amalan-amalan ibadah yang dianjurkan bagi setiap Muslim. Metodologi yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis ayat Al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w di dalam kitab Sahih Al-Bukhari yang berkaitan dengan amalan-amalan ibadah. Hasil kajian ini dijangkakan akan menyediakan panduan kepada masyarakat Islam dalam mengamalkan ibadah wajib dan sunat seperti menunaikan solat fardu, solat berjemaah, solat sunat, berpuasa wajib, puasa sunat, membaca Al-Qur’an, berzikir, dan bersedekah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Nabawi Dalam Membentuk Akhlak Islamiyyah Seorang Muslim Terhadap Sesama Makhluk(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Siti Samihah Mohd Yusoff ;Ismail AbdullahNoornajihan Ja’afarIslam menganjurkan kepada setiap Muslim supaya berakhlak mulia kepada semua makhluk baik yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa. Rasulullah s.a.w telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia dan baginda adalah contoh teladan yang terbaik untuk setiap Muslim. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka pendekatan Nabawi dalam membentuk akhlak Islamiyyah seorang Muslim terhadap sesama makhluk. Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis hadis Rasulullah s.a.w di dalam kitab Sahih Al-Bukhari yang berkaitan dengan akhlak Islamiyyah seorang Muslim terhadap sesama makhluk. Kaedah ini juga akan melibatkan kajian dan penyelidikan yang terdahulu seperti buku, artikel, dan penulisan ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian ini dijangkakan akan menyediakan panduan kepada setiap Muslim untuk berakhlak mulia terhadap ibu bapa, keluarga, guru, sanak saudara, rakan, jiran tetangga, tetamu, orang yang memerlukan, kanak-kanak, termasuklah haiwan.