Browsing by Author "Solahuddin Abdul Hamid"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Kesedaran Personaliti Religiositi dan Kawalan Pemakanan ke Atas Pembentukan Tahap Kerohanian dan Kecemerlangan Mahasiswa Universiti(Penerbit USIM, 2024) ;Rafidah Mohamad Cusairi ;Salmah Omar ;Solahuddin Abdul Hamid ;Syed Sultan Bee Packeer MohamedManvender Kaur A/P Sarjit SinghKualiti makanan terkait dengan elemen manusia; sumber dan personaliti penyedia mempunyai kesan ke atas nilai halal dan toyyib. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa religiositi dan personaliti individu boleh diukur. Antara prinsip pengukuran yang dicadangkan ialah manifetasi iman, islam dan ihsan yang dimanifestasikan dalam bentuk amalan atau perbuatan. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif iaitu faktor yang membentuk personaliti religiositi pengendali premis makanan pada persepsi pelajar dan mengenal pasti sama ada faktor kawalan pemakanan pelajar dan persepsi mengenai personaliti religiositi pengendali makanan mempengaruhi persepsi pelajar terhadap tahap pembentukan tahap kerohanian mereka. Kajian tinjauan deskriptif ini menggunakan metod temubual dan soal selidik yang diedarkan di kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Analisis kesahan konvergen menggunakan applikasi PLS-SEM menunjukkan bahawa pelajar melihat kepatuhan agama sebagai komponen penting yang menunjukkan personaliti religiositi pengendali premis makanan. Dapatan juga menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersifat terbuka terhadap personaliti pengendali premis makanan berdasarkan nilai varian faktor ini yang besar (var=0.874) berbanding faktor kepatuhan agama (var=0.439). Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar tidak begitu kisah tentang perkara yang berkaitan tuntutan agama yang boleh dilihat daripada personaliti pengendali premis makanan. Analisis juga mendapati faktor kawalan pemakanan oleh pelajar sendiri (b=0.511, p<0.05) dan persepsi mengenai personaliti religiositi pengendali makanan (b=0.331, p<0.05) didapati mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pembentukan tahap kerohanian diri mereka.