Browsing by Author "Sulong, J."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Hadis Daif Dalam Fatwa Mengenai Wasiat Di Malaysia Serta Langkah Penyelesaiannya(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Muhamad Asni, F. A. H. ;Sulong, J.Ismail, A.Hadith derived from wahyu and it is very authoritative arguments in Syarak besides the Quran. It is the most important resource in the fatwa production process. Generally, the Prophet Muhammad appeared more than 1,400 years ago and its authenticity is carefully guarded by the scholars among them with organising sanad knowledge to prevent from dhaif and false hadiths. Hence, guarantee the authenticity of the Hadith in argue is the responsibility of the mufti so that the fatwa issued precise and strong. Otherwise, if arguing with da'if hadith implies poor fatwa results from the point of the argument. Therefore, this study aims to identify the da'if hadiths which are used as an arguments or istidlal in the fatwa results on the will in the Mufti States. This research was conducted qualitatively by reference to the debate on the books of fiqh and hadith, the provisions of the law, fatwa, decisions and related papers. The results showed that there are daif hadith used in the wajibah will fatwa and will to the heirs and researchers have provided an alternative view. Thus, the study suggested that fatwas are reviewed in terms of his submission, particularly involving the hadith arguments. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyelarasan Fatwa Antara Negeri-Negeri: Analisis Amalan dan Kaedah Penyeragamannya di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Muhamad Asni, M. F. A. H.Sulong, J.Fatwa adalah biasanya dikaitkan dengan keputusan rasmi berkenaan sesuatu hukum syarak yang dikeluarkan oleh sesuatu jawatankuasa agama yang berasaskan wilayah atau negara yang mempunyai bidangkuasa undang-undang. Oleh kerana itu, sesuatu fatwa khususnya yang diwartakan mempunyai kuasa perundangan yang boleh dikuatkuasakan ke atas orang awam di wilayah terbabit. Bagaimanapun perbezaan wilayah dan bidangkuasa agama menyebabkan berlakunya ketidakseragaman fatwa khususnya dalam menanggapi persoalan yang mendapat perselisihan fuqaha' (khilafiyyah). Keadaan ini amat terserlah di Malaysia di mana terdapat 14 Jabatan Mufti Negeri yang berbeza-beza yang mewakili negeri masing-masing. Sebahagian fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri ini didapati tidak selari antara satu sama lain dan keadaan ini menimbulkan konflik terutamanya dalam pentadbiran undang-undang. Walaupun setiap negeri mempunyai Enakmen Hal Ehwal Pentadbiran Agama Islam yang hampir seragam, mempunyai peruntukan rujukan hukum syarak (qawl muktamad) yang sama dan pemantauan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sesuatu isu fatwa nasional, namun sebahagian fatwa tersebut masih lagi mendapat perselisihan keputusan. Keadaan ini mewujudan situasi hukum yang tidak adil, tiada keselarasan dalam melakukan ijtihad, yang menafikan maksud kesaksamaan dalam keputusan hukum syarak dalam negara ini. Justeru berdasarkan hal ini, kajian dijalankan untuk mengenal pasti punca ketidakselarasan fatwa ini, faktor-faktor yang mempengaruhi dan langkah serta cadangan untuk mengatasinya. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif di mana data-data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan secara metod temubual dengan para mufti, pegawai istinbat dan ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah melakukan beberapa inisiatif untuk mengatasi hal ini namun sikap sesetengah ahli jawatankuasa fatwa negeri yang ketat (rigid) kepada Mazhab Syafi'i dan penguasaan ilmu dalam menerima perbezaan pandangan (mura'ah al-khilaf) mengekang kepada capaian matlamat ini. Ini kerana Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) telah dipersetujui sebagai medium penyatuan fatwa antara negeri-negeri di negara ini dan sepatutnya diutamakan keputusan hukum di peringkat ini supaya fatwa negeri dapat mengikuti dengan sepenuhnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Muhammad Asni, M. F. al-H.Sulong, J.Wakaf adalah merupakan sebahagian antara bidang dalam perundangan Islam yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi umat Islam. Pensyariatan wakaf adalah berasal daripada hadith Ibnu Umar di mana Rasulullah SAW memerintahkan supaya ditahan asal harta dan disedekahkan hasilnya. Hadith ini menghasilkan dua elemen dalam harta wakaf iaitu harta yang kekal dan manfaat yang boleh dinikmati daripadanya. Berasaskan hadith ini, perkembangan fekah mengenai wakaf telah berkembang dengan pesat yang bukan sahaja melibatkan harta tak alih tetapi kini meluas sehingga melibatkan harta alih. Antara isu yang biasa dibincangkan berkaitan dengan fekah dan fatwa wakaf ialah keharusan istibdal harta wakaf, wakaf dengan harta alih, wakaf dengan wang tunai dan wakaf yang dilakukan untuk sementara waktu (mu'aqqat) seperti yang melibatkan hartanah lease-hold. Bertitik tolak daripada perbahasan-perbahasan ini, terdapat pelbagai pandangan di kalangan mufti mengenai isu-isu wakaf sehingga menimbulkan pelbagai pandangan untuk digubal dalam undang-undang mengenai harta wakaf. Ini kerana dalam pentadbiran dan pengurusan, hanya satu pandangan yang dipilih untuk dimasukkan sebagai pandangan yang diterimapakai untuk pelaksanaan bagi memastikan pentadbiran undang-undang dilaksanakan dengan teratur dan konsisten. Berasaskan kepelbagaian pandangan ini, kajian akan dilakukan dalam situasi di Malaysia bagi menyelidik kedudukan perbezaan pandangan fuqaha' dalam hal ehwal wakaf, penyeragaman pandangan dan fatwa, serta pelaksanaannya di Malaysia. Penyelidikan ini akan dilakukan secara kualitatif dengan merujuk kepada perbahasan kitab-kitab fekah, peruntukan undang-undang dan pekeliling yang berkaitan dengan undang-undang pentadbiran harta wakaf. Oleh itu, penyelidik akan menyelidik isu-isu yang menyebabkan berlakunya perbezaan pandangan tersebut dan kaedah untuk mengharmonikan fatwa wakaf ini dengan mengenal pasti pendapat yang paling kuat dari sudut dalil dan maslahah (rajih). Ini bagi memastikan pandangan yang dipilih untuk fatwa dan penggubalan undang-undang menjadi kuat dan kukuh, seragam antara semua negeri dan dapat diterima oleh semua pihak.