Browsing by Author "Suo Yan Mei @ Fatimah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Unsur Psikologi Dan Tarbiyyah Dalam Gaya Bahasa Pertanyaan Al-Quran: Kajian Terhadap Ayat Tumbuh-Tumbuhan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Saipolbarin Ramli ;Nazri Atoh ;Zarima Zakaria ;Suo Yan Mei @ FatimahMohammad Sidik AriffinGaya bahasa pertanyaan yang menggunakan unsur tumbuh-tumbuhan adalah antara jenis gaya bahasa pertanyaan yang terdapat dalam Al-Quran. Penggunaan unsur tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa ini secara tidak langsung turut menyentuh perbincangan dalam aspek psikologi dan tarbiyyah. Unsur psikologi merujuk kepada konteks penggunaan ayat Al-Quran yang dapat memberi kesan positif terhadap jiwa manusia. Manakala unsur tarbiyyah pula merujuk kepada konteks penggunaan ayat Al-Quran dalam mendidik manusia dengan menggunakan nilai kesantunan bahasa. Kajian ini melihat peranan unsur psikologi dan unsur tarbiyyah dalam gaya bahasa Al-Quran dan kesannya terhadap penyampaian mesej kepada manusia. Fokus perbincangan adalah dalam bidang analisis wacana dan al-Balaghat al-Arabiyyat. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Data menunjukkan bahawa elemen psikologi dan tarbiyyah yang terdapat dalam gaya bahasa pertanyaan tumbuh-tumbuhan dalam Al-Quran berperanan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang isi kandungan Al-Quran di samping memaparkan aspek ketinggian dan kehalusan gaya bahasa Al-Quran.