Browsing by Author "Syaidatun Nazirah Abu Zahrin"
Now showing 1 - 9 of 9
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Akhlak Percintaan Dan Rasa Malu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Rezki Perdani Sawai ;Syaidatun Nazirah Abu Zahrin ;Sidek Mohd Noah ;Rumaya JuhariSteven Eric KraussBercinta bukanlah satu tiket untuk pasangan teruna dan dara melakukan apa sahaja. Islam menggariskan panduan tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mereka perlu menjaga akhlak percintaan dan memiliki rasa malu untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Akhlak percintaan dan rasa malu menjaga pelakunya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai dengan ajaran agama, undang-undang atau adab masyarakat. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah 260 pelajar dari dua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Selangor dan Negeri Sembilan, Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat samada terdapat hubungan antara akhlak percintaan dan rasa malu. Kaedah kajian ini adalah kuantitatif menggunakan Instrumen Akhlak Percintaan dan Inventori Emosi Moral Muslim. Seseorang yang menjaga akhlak dalam percintaan memiliki rasa malu yang tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara akhlak percintaan dan rasa malu. Implikasi kajian ini adalah berkaitan dengan pemahaman tentang akhlak percintaan dan rasa malu dari perspektif Islam amat relevan dalam menangani masalah sosial yang berakar dari salah faham tentang konsep cinta. Kajian ini menekankan kepentingan memahami cinta dari sudut moral dan akhlak percintaan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pengesahan Faktor (CFA) Instrumen Kajian Cinta Ilmu Dan Keperibadian Ummah Cemerlang(UKM Press, 2022) ;Nazneen Binti Ismail ;Syaidatun Nazirah Abu ZahrinNorhayati Rafida Abdul RahimKemajuan teknologi hari ini merupakan sebahagian daripada kesan Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan perubahan dalam pelbagai aspek hidup manusia termasuk keilmuan dan keperibadian.Mahasiswa Muslim hari ini perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai bagi menghadapi cabaran revolusi ini. Di samping itu, keperibadian ummah cemerlang yang berdaya saing perlu dibangunkan agar mampu memanfaatkan perkembangan ini selaku khalifah. Kajian ini bertujuan untuk menjalankan Analisis Penerokaan Faktor (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA)bagi menguji kesesuaian pemboleh ubah Instrumen Cinta Ilmu dan Keperibadian Ummah Cemerlang. Satu set soal selidik diedarkan kepada 415 mahasiswa Muslim dan dianalisis menggunakan ujian analisis pengesahan faktor (CFA) dengan bantuan perisisan AMOS Ver.23. Merujuk kepada modifikasi dan nilai goodness of-fit, didapati nilai fit indices adalah lebih baik setelah melalui beberapa proses perubahan. Selain itu, ujian kesahan dan kebolehpercayaan turut dilakukan terhadap model pengukuran ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa model pengukuran cinta ilmu yang sah terdiri daripada enam pembolehubah iaitu cinta pembacaan dan motivasi intrinsik yang mewakili cinta ilmu serta ibadah, akidah, akhlak terhadap keluarga dan akhlak terhadap masyarakat yang mewakili keperibadian ummah cemerlang.Analisis ini menunjukkan terdapat hubungan antara cinta ilmu dengan keperibadian ummah cemerlang. Maka, kajian ini mengetengahkan keperluan masyarakat dan universiti untuk memberi perhatian kepada usaha menyuburkan budaya ilmu mahasiswa dan mengembangkannya supaya nilai-nilai murni ini tidak terhad kepada manfaat individu sahaja tetapi juga orang lain. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Concept of Love for Knowledge and Excellent Muslims in Transforming Human Capital: An Analysis on Gender Differences(UKM Press, 2018) ;Nur Hidayah Mohd Abd Malik ;Syaidatun Nazirah Abu Zahrin ;Rezki Perdani SawaiFariza Md ShamThe study investigated the gender differences among Muslims’ university students in the aspect of Love for Knowledge, the characteristics of Excellent Muslims and Transformation of Human Capital based on a sample of 600 university students surveyed in Malaysia. The sample was selected using a purposive sampling technique. Data for the study were collected by using structured questionnaire. Inferential statistics of t-test was used to analyze data on gender differences. The findings revealed that there were no gender differences exist between male and female on the features of Love for Knowledge, Characteristics of Excellent Muslims and Transformation of Human Capital. The paper discussed implications of these results on the importance of acquisition of knowledge in order to develop excellent young Muslims and transforming the human capital. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Intervention Models in Arabic Vocabulary Proficiency in The J-Qaf Program Among Primary School Pupils(USIM Press, 2021-04) ;Syaidatun Nazirah Abu Zahrin ;Hasnurol Hashim ;Kaseh Abu Bakar ;Maheram AhmadAb Halim MohamadArabic acquisition is the main element that has to be masteredby pupils in order to attain proficiency in the Arabic Language. A total of 600 words should be mastered in the j-QAF program. Nevertheless, mistakes in the vocabulary andspelling often occur.This research is to measure the proficiency level of the pupils in Arabicvocabulary enrichmentacquired through the j-QAF program in spelling, understanding the meanings of the words and usage in sentences. This research involved casestudy method employing library studyand survey. This study introduced thevocabulary enrichmentteaching intervention model which has been proved effective inthe Arabic languagevocabulary enrichment. An Arabicvocabulary enrichment test covering the three aspects was administered to 120 primary 3 pupils in the district of Klang, Selangor. A total of 360 answer scripts were received and analysed. In addition, a set of questionnaires for pupils and Arabic teachers were also distributed to further strengthen the data.The study shows that the percentage of mastery were improvingandhas a significant impact on the learning of the Arabic language.Innovation in teaching of Arabic language and religiousstudies especially Quran and Hadithwere also related tothis study - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Dakwah melalui ‘Konsep Cinta Muslim’dalam Menangani Masalah Sosial(Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014) ;Syaidatun Nazirah Abu Zahrin ;Rezki Perdani Sawai ;Mohd Shahrul Faizie ZainiAllawati KasriSeringkali kita mendengar ungkapan “Cinta itu buta” yang membawa kepada masalah sosial seperti perzinaan, pembuangan bayi dan pembunuhan. Hakikatnya, mereka yang terlibat dalam masalah ini kurang memahami tentang konsep cinta sebenar dari perspektif Islam. Oleh yang demikian, kajian konseptual ini akan membahaskan konsep cinta Muslim serta menghuraikan konsep cinta dari perspektif Islam dengan merujuk kepada Qur’an dan Sunnah. Kefahaman terhadap konsep ini dapat menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat mengenai kepentingan untuk kembali kepada ajaran Islam dalam menangani masalah sosial. Mendidik konsep cinta Muslim kepada remaja Islam amatlah penting dan boleh diterapkan melalui pelbagai mekanisme dakwah. Antaranya media cetak, media massa, ceramah, syarahan dan forum, facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Dapatan kajian memperlihatkan bagaimana cinta kepada Allah SWT dan cinta kerana Allah SWT akan dapat mengawal perlakuan cinta yang boleh membawa kepada gejala sosial. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Psikologi Agama Dalam Menangani Gejala Sosial Remaja(2015) ;Syaidatun Nazirah Abu Zahrin ;Fazilah Idris ;Fariza Md Sham ;Rezki Perdani SawaiJoki Perdani SawaiCinta yang tidak dipandu dengan agama dan akal boleh menyebabkan belia terlibat dalam gejala salahlaku seksual seperti seks bebas, hamil luar nikah dan pembuangan bayi. Islam meraikan perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Namun, cinta tersebut adalah cinta yang tidak membawa kerosakan kepada diri dan masyarakat. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan psikologi cinta dari perspektif Islam dan bagaimana kefahaman ini boleh menjadikan horizon pemikiran individu Muslim semakin luas dan seterusnya mencegah daripada terlibat dalam masalah sosial. Kajian analisis kandungan berdasarkan literatur terpilih ini mendapati konsep cinta dari perspektif Islam bukan hanya terhad kepada cinta romantis sesama manusia tetapi cinta yang hakiki adalah cinta kepada Pencipta iaitu Allah s.w.t. Kajian kualitatif ini menggunakan metod analisis secara bertema di dalam memahami hakikat cinta yang pelbagai bentuk. Hasil kajian menunjukkan konsep psikologi cinta dapat digunakan di dalam pelbagai cabang ilmu psikologi iaitu psikologi sosial, psikologi perkembangan, personaliti, psikologi agama dan psikologi silang budaya. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa prinsip dalam Islam yang mendasari hubungan sesama manusia boleh dijadikan mekanisme dalam pencegahan kepada seks bebas, hamil luar nikah dan buang bayi. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa remaja yang memahami psikologi cinta dalam konteks agama berjaya menahan diri daripada perkara yang boleh merosakkan diri dan masyarakat yang disebabkan perasaan cinta tersebut - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Relationship Between Philanthropic Attitude and Economic Jihad in the Muslim Community(USIM Press, 2021-06) ;Mohamad Sabri Haron ;Radin Anis Adlina Radin Hasbani ;Syaidatun Nazirah Abu Zahrin ;Aminudin Basir ;Shofian Ahmad ;Salmy Edawaty Yaacob ;Azizi UmarNor Huda Md. AnuarPhilanthropic behavior refers to the act of being generous, kind, and helpful to fellow human beings. Due to the increasingly challenging economic development in today's technological era, people have to find ways to improve the strategy of empowering the economic jihad in society, especially the Muslim society. This study aims to examine the relationship between philanthropic attitude towards economic jihad and the strategy of empowering economic jihad in the context of the development of the Muslim community. The objective of this study is to examine the relationship between the society’s philanthropic attitude, in particular the Muslim society, and their knowledge in enhancing the economic strategy in Malaysia. The respondents of this study consist of 500 working people (216 males and 284 females) in Klang valley while the research instrument used is a questionnaire that consists of 37 question items. The period of the study was within 6 to 12 months. The results of this study were presented as a descriptive data analysis. The findings as a whole show that respondents' perceptions regarding philanthropic phenomena in Malaysia are at a high level. Philanthropic attitude is closely related to the Islamic economy, and with this attitude, the Muslim community can compete with other races in enhancing the economy and advance along with other Asian countries. At the end of the study, several suggestions have been forwarded to enhance the level of knowledge and understanding amongst students and communities regarding philanthropy. This noble attitude needs to be instilled and nurtured in every human being, and hence, should be fostered from an early age so that the concept can be fully understood by future generations. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sijil ‘Star Rating’ (SSR) Penarafan Kualiti Solekan pelajar Terapi Kecantikan Dan Spa, Kolej Komuniti Muar, Johor(Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM, 2021) ;Erwinhirma Sahir ;Ruslin AmirSyaidatun Nazirah Abu ZahrinPengenalan – Kajian tindakan ini berfokus untuk memberi nilai tambah kepada penilaian projek solekan pelajar bukan hanya setakat memberi markah dan gred berpandukan rubrik pentaksiran rasmi seperti yang biasa dilakukan. Pengenalan penarafan Sijil ‘Star Rating’ adalah satu usaha untuk meningkatkan taraf kualiti hasil solekan pelajar di mana tiga tahap kualiti solekan yang terbaik akan diberikan Sijil ‘Star Rating’ iaitu Sijil 5 Bintang, Sijil 4 Bintang dan Sijil 3 Bintang. Objektif - Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti solekan pelajar serta amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengubah sikap pelajar daripada pasif dan negatif kepada positif dan proaktif. Metodologi - Kumpulan sasaran kajian ini adalah 10 pelajar semester 2, Sijil Terapi Kecantikan Dan Spa, Kolej Komuniti Muar, Johor. Peringkat permulaan pengkaji membuat pemerhatian serta melaksanakan temubual bersama semua pelajar. Semua maklumat asas yang diperlukan diperolehi daripada pensyarah. Taklimat ringkas diberikan kepada semua pelajar untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada mereka. Kemudian Borang Sesi Perkongsian Maklumat 1, 2 dan 3 diedarkan kepada pensyarah dan pelajar-pelajar. Satu Jadual Pelaksanaan Kajian disediakan untuk memudahkan pelaksanaan intervensi yang dirancang iaitu pelaksanaan Gelung Pertama Penarafan Sijil ‘Star Rating’ bagi projek solekan komersial dan pelaksanaan Gelung Kedua Penarafan Sijil ‘Star Rating’ bagi projek solekan siang dan malam. Satu Analisa Dapatan serta Unjuran Penarafan Sijil ‘Star Rating’ dibuat untuk melihat keberhasilan kajian ini. Dapatan – Ringkasnya kajian ini menunjukkan bahawa Penarafan Sijil ‘Star Rating’ ini dapat meningkatkan kualiti hasil projek solekan pelajar dan meningkatkan kesungguhan pelajar menghasilkan solekan yang terbaik. Seorang pelajar telah berjaya mendapat Anugerah Emas dan seorang pelajar mendapat Anugerah Gangsa di dalam Pertandingan MyCC Skills peringkat kebangsaan Tahun 2019 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain daripada itu kesemua pelajar mendapatkan tempat bagi menjalani latihan industri dengan mudah berbanding pelajarpelajar semester yang lalu. Kepentingan - Kajian ini turut menyumbang kepada pendidikan holistik di mana kecemerlangan pelajar yang menguasai kemahiran ini akan menjadi aset sepanjang hayat buat diri mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Trust And Commitment In Maintaining Marriage Among Teachers In Commuting Marriage In Kota Kinabalu Sabah(Human Research Management Academic Research Society, 2020-12) ;Joki Perdani Sawai ;Mahirah Masdin ;Rezki Perdani Sawai ;Balan RathakrishnanSyaidatun Nazirah Abu ZahrinLong-distance marriages are commonly performed by dual-career couples particularly teachers. This study aimed to measure the relationship between trust and commitment with maintenance of marriage among teachers who living in commuter marriages. This study was conducted on 110 teachers around Kota Kinabalu Sabah from secondary and primary schools. The research design was a quantitative study using a set of questionnaires to get feedback from respondents. The Dyadic Trust Scale (DTS) (Larzelere & Huston, 1981), The Investment Model Scale (IMS) (Rusbult, Martz & Agnew, 1998), Relationship Maintenance Scale (RMS) (Chonody, Killian, Gabb & Dunk-West, 2017) were used to measure the variables involved. The results showed that trust and commitment are positively related to marriage maintenance. The implications of this study are for teachers to acknowledge that trust and commitment play an important role in their marriage.