Browsing by Author "Syamimi Sukri"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian terhadap Keberhasilan Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Tajwid melalui Saluran Youtube di Era Endamik Covid-19(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Natasya Hamid ;Syafiqah Rosli ;Syamimi SukriMaisarah SaidinTajwid mengikut bahasa ialah memperelokkan sesuatu manakala secara istilah mengeluarkan setiap huruf Hijaiyyah daripada makhrajnya serta diberikan haknya. Sebagaimana maklum, hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah fardu Ain bagi setiap muslim. Namun begitu, sebahagian besar umat Islam kurang menerapkan bacaan secara bertajwid ketika membaca al-Quran ekoran mengalami kesulitan dalam memahami hukum tajwid yang pelbagai. Selain itu, aktiviti harian yang sangat padat juga merupakan antara faktor yang menyebabkan mereka tiada waktu untuk mempelajari ilmu tajwid secara bersemuka. Kewujudan pelbagai kelas pengajian tajwid secara online dilihat mampu membantu mereka mempelajari tajwid. Walaubagaimanapun, metode pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kelas online ini perlu diperhalusi agar umat islam beroleh manfaat yang sewajarnya seterusnya memahami ilmu tajwid dengan baik. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid melalui saluran Youtube. Seterusnya, menganalisis tahap keberhasilan kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid melalui saluran Youtube di era endamik Covid-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan dengan bersumberkan bahan-bahan rujukan daripada artikel, jurnal serta analisis video dalam Youtube yang berkaitan dengan pembelajaran ilmu tajwid. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid dapat membantu pelajar untuk menguasai bahagian dalam ilmu tajwid dan secara tidak langsung dapat membantu memperbetulkan bacaan al-Quran dengan bertajwid.