Browsing by Author "Syarul Azman Shaharuddin"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keberkesanan Kebolehgunaan Aplikasi Fun Q Bagi Murid Pra Tahfiz(Universiti Islam Selangor, 2023) ;Mardhiah Yahaya ;Ummu Umairah Sapiuddin ;Khairul Syafiq Razali ;Safinah Ismail ;Nor Musliza MustafaSyarul Azman ShaharuddinKajian ini memfokuskan kepada keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q untuk kegunaan murid-murid pra tahfiz. Aplikasi ini berbentuk model teknologi hafazan yang sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah mempelajari, menghafaz dan memahami al-Quran dengan cara santai, mudah dan menyeronokkan. Sehingga kini pelbagai aplikasi digital yang dibangunkan bertujuan menjadi platform pembelajaran hafazan al-Quran. Namun perkembangan teknologi moden dan bidang teknologi dalam pendidikan tahfiz masih kurang diterokai dan mereka kekal dengan kaedah tradisional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q yang dibangunkan untuk murid-murid pra tahfiz. Metodologi untuk kajian ini adalah reka bentuk kualitatif yang menggunakan instrumen pemerhatian dan catatan nota kepada murid-murid pra tahfiz sebagai responden dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan pengguna berpuas hati menggunakan perisian kursus ini dengan memperoleh peratusan sebanyak 99. Oleh yang demikian, aplikasi ini dapat memberikan impak yang sangat besar dalam memandu pembelajaran tahfiz pra sekolah dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu juga, dapat membina kerohanian huffaz rabbani dan melahirkan generasi Al-Quran yang unggul. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pre-School Qur’an Memorization Digital Application Requirements(Human Resource Management Academic Research Societ, 2023) ;Safinah Ismail ;Nor Musliza Mustafa ;Syarul Azman Shaharuddin ;Mardhiah Yahaya ;Khairul Syafiq RazaliUmmu Umairah SapiuddinDigital applications have a significant impact on advancing rote learning. This study aims to examine the need for digital applications in preschool Qur'an memorization learning. This qualitative study uses a phenomenological design. Data collection was conducted through indepth interviews with teachers who teach the subject of Qur'an memorization in selected pre-schools through purposive sampling. Data were analyzed using thematic analysis. The study's findings show the need for digital applications in the memorization of the Qur'an for children in preschool because the students can more easily remember the memorized verses, conduct self-learning, and increase motivation, understanding, and achievement of students. In addition, students are more flexible in learning. Therefore, this era of technology has become an important necessity for students to learn the Qur'an, especially in preschool Qur’an memorization. It is hoped that the memorization of the Qur'an can be competitive in line with the learning goals of the 21st century. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Teknik Hafazan Al-Quran Pra Sekolah Menerusi Aplikasi Digital(e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI UIS, 2023) ;Safinah Ismail ;Nor Musliza Mustafa ;Syarul Azman Shaharuddin ;Mardhiah YahayaKhairul Syafiq RazaliPendidikan hafazan al-Quran yang menjadi salah satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan umat Islam kini. Pemeliharaan terhadap kesucian al-Quran akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan individu terhadap AllahSWT dan diterjemahkan melalui akal fikiran dan tindakan. Sehingga kini banyak teknik yang digunakan bagi tujuan pemeliharaan tersebut baik dari peringkat usia muda hingga dewasa. Oleh itu, objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengkaji teknik hafazan al-Quran peringkat pra sekolahdalam aplikasi digital. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah analisis deskriptif melalui kaedah analisis kandungan. Data yang dikenal pasti, dikumpul dan dianalisis daripada sumber bertulis dan bercetak sedia ada seperti jurnal, tesis dan sebagainya. Dapatan kajian menemukan sebanyak 11 teknik hafazan al-Quran iaitu mendengar, mempelajari, membaca, menunjuk, memahami, memadan, melukis, menyebut, mengingati, serta mengulang dan menulis. Secara keseluruhannya, teknik hafazan inibersesuaian dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada masa yang sama, dapat membentuk generasi huffaz yang berkualiti dan berkemajuan mengikut peredaran zaman.