Browsing by Author "Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abu Hanifah Suatu Tinjauan terhadap Aplikasi Guru Pendidikan Islam di Selangor(Penerbit UTM Press, 2019) ;M. Anuar Mamat ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Che Zarrina Sa'ari ;Azizi Che SemanNur Ulfah HarunSistem Pendidikan kini berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah khususnya berkaitan dengan etika guru pada pelbagai peringkat. Oleh itu, artikel ini mengkaji tahap amalan Etika Profesion Perguruan yang dianalisis berasaskan pemikiran Imam Abū Ḥanīfah dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Selangor. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 263 guru-guru Pendidikan Islam yang bertugas di sekolah menengah sekitar Selangor. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science for Windows Version 22 (SPSS v.22) dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap aplikasi guru Pendidikan Islam di Selangor adalah berada pada tahap yang tinggiiaitu nilai min 3.327. Dapatan ini menunjukkan para guru Pendidikan Islam di Selangor agak komited dalam mengaplikasi Etika Profesion Perguruan menurut Imam Abū Ḥanīfah. Walau bagaimanapun, aspek ini sepatutnya diperkukuhkan lagi dengan pengajaran dan penghayatan berterusan supaya amalan baik ini berterusan sepanjang perkhidmatan mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abu Hanifah: Kajian Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohd Anuar Mamat ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Che Zarrina Sa’ari ;Azizi Che Seman ;Nur Ulfah HarunMuhammad Zariff IliasDewasa ini pelbagai isu pendidikan timbul dan amat berkait rapat dengan persoalan etika guru pada pelbagai peringkat. Saban tahun kedengaran beberapa kes etika yang melibatkan para guru. Artikel ini membincangkan pengetahuan etika perguruan dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Selangor. Kajian yang berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap Etika Profesion Perguruan yang dianalisis berasaskan pemikiran Imam Abū Ḥanīfah. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 263 orang guru-guru Pendidikan Islam yang bertugas di sekolah menengah sekitar Selangor. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Pakages for Social Science for Windows Version 22 (SPSS v.22) dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah baik, iaitu α = 0.741. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam di Selangor adalah tahap yang tinggi dengan purata nilai min 3.419. Dapatan ini menunjukkan bahawa para guru Pendidikan Islam di Selangor mengetahui dan komited dalam mengamalkan etika perguruan menurut Imam Abū Ḥanīfah. Namun begitu, penghayatan berterusan adalah perlu untuk menjamin kelestarian pengetahuan dan amalan mereka sepanjang berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Komunikasi Nabawi Sebagai Asas Panduan Interaksi Media Sosial(USIM Press, 2023) ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Muhammad Hazim Mohd Azhar ;Che Zarrina Sa'ari ;Mohd Anuar Ramli ;Azah Anir NormanMohd Anuar MamatSocial media interactions are more widespread in the digital world than conventional social interactions that take place physically and are limited to small groups of people. Although various social media applications have made people’s lives easier, on the other hand, they also cause users to engage in interactions that are free to violate boundaries, resulting in negative phenomena and harming other users. Religion should play an important role in digital social interactions on social media, just as it does in conventional social interactions. Prophet Muhammad SAW is the best example for social media interaction. This paper examines the problem of social media misconduct and presents a general guide to digital interaction, especially in the use of social media, with reference to several hadiths with the theme of Prophetic communication as the main reference. This research involves qualitative data through literature review by examining research documents and reports related to social media. Thematic analysis or mawḍū‘ī is done by collecting some selected hadith that have the theme of communication. The general guide for social media interaction that was developed is not only focused on worldly factors and implications, but also has a spiritual dimension by referring to Prophetic communication and following religious recommendations that emphasize the concept of Hablu min al-Nas. It is hoped that this guide can be used for social media interactions that indirectly create a safe social networking environment. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membina Perkembangan Dimensi Sosial Anak Menurut Perspektif Al-Sunnah Berdasarkan Kitab Manhaj Al-Tarbiah Al-Nabawiyyah Li Al-Ṭifl(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Siti Noor Farahin Binti M. Fariddudin ;Khadijah Mohd Khambali @ HambaliSyed Mohammad Hilmi Syed Abdul RahmanSeiring dengan perkembangan dunia digital tanpa sempadan, proses melahirkan generasi Muslim kini kian mencabar termasuklah dalam pembentukan aspek sosial. Pengaruh media sosial hari ini sangat memberi kesan ke atas pembinaan jati diri dan keperibadian mereka. Sementelahan pula pendedahan sosial yang diterapkan di peringkat sekolah oleh guru semata-mata belum cukup untuk memberi kesedaran kepada anak namun menuntut komitmen ibu bapa dalam mendidik anak yang bermula sejak awal kehidupan mereka di rumah. Ibu bapa berperanan mendidik mereka kemahiran bersosial dengan cara yang sesuai agar mereka mampu berfikir secara matang untuk membezakan antara baik dan yang buruk. Walau bagaimanapun, bahan rujukan berkaitan pemantapan aspek sosial ini masih kurang dikaji khususnya dalam konteks perspektif al-Sunnahmeskipun Rasulullah SAW telah memberikan garis panduan secukupnya untuk diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Oleh yang demikian, kajian ini merungkai beberapa asas untuk merangsang dimensi sosial dalam diri anak menurut al-Sunnahseperti yang dibincangkan dalam kitab Manḥaj al-Tarbiah al-Nabawiyyah li al-Ṭifl karangan Muḥammad Nur ‘Abd. Al-HāfiẓSuwayd. Metodologi yang digunakan dalam pengumpulan data ialah kajian teks dan dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif dan takhrij al-hadith. Hasil kajian mendapati terdapat lapan asas yang amat signifikan untuk diimplementasikan oleh para ibu bapa dalam proses membantu perkembangan sosial anak bagi mencapai keseimbangan dalam kehidupannya seterusnya mempunyai keyakinan diri dalam menongkah arus kemodenan ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Panduan Interaksi Sosial Digital Dalam Media Sosial Berasaskan Komunikasi Nabawi(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Muhammad Hazim Mohd AzharChe Zarrina Sa'ariInteraksi sosial konvensional yang dahulunya bersifat fizikal dan hanya dalam lingkungan yang kecil kini meluas dalam penggunaan media sosial alam digital. Pelbagai aplikasi media sosial tidak dinafikan memudahkan urusan kehidupan manusia, namun pada sisi lain turut membawa keghairahanpengguna berinteraksi secara bebas melanggar batas dan memberi mudarat kepada pengguna lain sehingga melahirkan wabak penyakit digital seperti buli siber. Sebagai mana dalam interaksi sosial konvensional, peranan agama juga perlu meresapi dalam interaksi sosial digital dalam media sosial. Nabi Muhammad SAW merupakan komunikator terbaik perlu dijadikan panduan dalam proses interaksi media sosial. Makalah ini membentangkan garis panduan umum interaksi sosial digital terutamanya dalam penggunaan media sosial dengan menjadikan beberapa hadis bertemakan komunikasi Nabawi sebagai sandaran. Penelitian ini menjalani kajian kepustakaan dengan mengaplikasikan metode mawḍū‘īiaitu hadis tematik melalui pengumpulan beberapa hadis terpilih yang berkait dengan topik komunikasi. Panduan umum interaksi sosial digital yang dibina ini bukan sahaja menjadi seperti panduan kebiasaan yang hanya memandang faktor dan implikasi keduniaan semata-mata, bahkan mempunyai nilai kerohanian dengan menjadikan komunikasi Nabawi sebagai sandaran serta mengambil kira saranan agama yang menekankan konsep Hablu min al-Nas. Panduan ini diharap dapat diimplementasikan sebagai pengamalan interaksi sosial bagi pengguna media sosial supaya dapat membentuk ekosistem jaringan sosial yang sihat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Media Sosial Baharu: Isu-isu Dan Panduan Perspektif Islam(Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2022) ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Mohd Anuar Ramli ;Che Zarrina Sa'ar ;Azah Anir Norman ;Mohd Anuar MamatMuhammad Hazim Mohd AzharKemajuan teknologi masa kini yang menjadi pencetus kepada perkembangan media sosial baharu sekaligus telah mempengaruhi budaya dan kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kemajuan yang baru ini turut melahirkan isu berkaitan penyalahgunaannya. Tanpa panduan Islam dan akhlak berkomunikasi, pelbagai bentuk pelanggaran telah berlaku. Umpamanya seperti pembulian siber, kebebasan bersuara tanpa batas, pengantunan siber dan penyebaran maklumat palsu. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan membincangkan tentang isu-isu berkaitan penyalahgunaan media sosial baharu dan panduan dalam menanganinya. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan mengumpul dan menganalisis isu berkaitan dengan media sosial sama ada dari artikel jurnal, laporan akhbar dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai isu atau kes berkaitan penyalahgunaan media sosial baharu dilaporkan dan secara asasnya pengguna media sosial perlu mengamalkan akhlak Islam dalam berinteraksi di media sosial baharu agar ekosistem kesolehan digital dapat direalisasikan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengidentifikasian Kajian-Kajian Berkaitan Isu Penyalahgunaan Media Sosial Dalam Interaksi Sosial Berasaskan Systematic Literature Review(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2022) ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Mohd Anuar Ramli ;Che Zarrina Sa'ari ;Azah Anir Norman ;Mohd Anuar MamatMuhammad Hazim Mohd AzharKecanggihan teknologi telah menggalakkan penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat dan berpotensi menjadi medium utama penyaluran maklumat menggantikan media massa. Media sosial juga berperanan menghubungkan pengguna agar memudahkan mereka saling berinteraksi walaupun berada di kejauhan. Namun, sistem media sosial yang bebas dan luas turut membuka lembaran kefasadan penyalahgunaannya serta menyebabkan berlakunya masalah interaksi sosial di ruangan maya tersebut. Ini dibuktikan melalui penemuan banyak kajian mengenai salah laku interaksi sosial di media sosial. Makalah ini cuba mengenal pasti pola sejumlah kajian-kajian lepas mengenai salah laku interaksi sosial di media sosial dengan mengaplikasikan metode Systematic Literature Review (SLR). Metode ini digunakan untuk mengidentifikasi, mengkaji, mengevaluasi, dan menafsirkan semua kajian sedia ada dengan bidang topik fenomena salah laku interaksi sosial di media sosial. Melalui metode ini juga, dapat dilakukan proses identifikasi dan penilaian artikel secara sistematik dengan mengikut proses yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa isu utama masalah salah laku interaksi sosial di media sosial yang telah dijadikan topik kajian seperti buli siber, penipuan siber, penyebaran berita palsu dan pengantunan seksual. Manakala terdapat beberapa bentuk idea pencegahan masalah salah laku media sosial seperti pelaksanaan undang-undang, pendidikan serta penerapan nilai etika dan akhlak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Wasatiyyah Dalam Konsep Takdir Dan Hubungannya Dengan Pengurusan Stres(Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2020) ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Muhammad Hazim Mohd Azhar ;Khadijah Mohd Khambali @ Hambali ;Che Zarrina Sa'ari ;Azmil Zainal Abidin ;Wan Adli Wan Ramli ;Mohd Khairul Naim Che Nordin ;Mohd Anuar Mamat ;Faizuri Abd. LatifAli Ali Gobaili SagedFaith in destiny is one of the criterion of a Muslim's faith. However, the question of destiny is often questioned and debated to the point of producing two conflicting extreme streams, namely the Qadariah stream and the Jabariah stream. The Qadariah stream focuses on the authority of humans will and deeds to deny destiny. Jabariah, on the other hand, is an extremist in condemning destiny to the point of denying the existence of freedom of will and human actions. In the meantime, the stream of Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah was born, adapting the middle path (wasatiyyah) in convicting destiny. True belief and understanding of the concept of destiny is not only a proof of the faith of a Muslim, but it is also the ability to produce a constant positive attitude in oneself to exist in the world whether in pleasure or hardship. This paper aims to examine the beliefs of wasatiyyah in convicting destiny and its role in overcoming the problem of stress by referring to the views of Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah who applies the theory of al-Kasb in the discussion of destiny. While al-Ghazali theory that uses the approach of al-‘Aql, al-Qalb, al-Ruh and al-Nafs in stress management. The findings of this discussion show that the mind is capable in managing stress with the support of spiritual aspects. It is regarded that human beings do not have absolute power, everything is under the will and Will of God, but every individual must have effort and initiatives. Thus, these efforts and endeavors encourage individual not to boast shamelessly in times of successful efforts and not to give up in times of failure. Ultimately, reliance on ikhtiar with high confidence in Allah encourages individual to compose oneself and successfully manage stress efficiently even when one is trying the impossible because of the immense notion that it is worth doubling their efforts and ikhtiar.