Browsing by Author "Syed Najihuddin Syed Hasin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terapi Penagihan Dadah Berasaskan Akidah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hasin ;Mohd Zohdi Mohd ;Maisarah Saidin ;Adnan Mohamed YusoffMahsor YahyaPenyalahgunaan dadah merupakan masalah sosial yang dihadapi oleh hampir kesemua negara di dunia pada hari ini. Penagihan dadah khususnya dalam kalangan golongan muda di Malaysia merupakan ancaman utama kepada pembangunan dan kemajuan negara. Peningkatan statistik penagihan dadah saban tahun merupakan kerugian yang besar kepada negara. Ini kerana, dana kewangan negara telah banyak dihabiskan untuk mengekang masalah ini, namun hasil yang didapati tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Aspek akidah dipercayai merupakan komponen terpenting dalam merawat dan memulihkan ketagihan dadah. Hal ini kerana akidah merupakan kunci utama hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenalpasti kaedah pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan aspek akidah seperti zikir kalimah thaiyibah dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan kaedah tersebut dalam pemulihan yang dijalankan. Kajian ini mengunakan kaedah analisa kualitatif berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual bersama beberapa tenaga pengurusan pusat pemulihan. Dapatan kajian menunjukkan elemen penghayatan akidah iaitu kefahaman, perasaan dan amalan, kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, nilai ketaatan, pengawasan, kepatuhan serta pengurusan diri menyumbang kepada daya tahan individu. Oleh yang demikian, elemen-elemen ini hendaklah digunakan dan diperkasakan sebagai strategi pencegahan dadah dalam program rawatan dan pemulihan di negara ini.