Browsing by Author "Syed Salim Syed Shamsuddin"
Now showing 1 - 19 of 19
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Beberapa Aspek Keunikan Penulisan Fiqah Alam Melayu Melalui Teks Manuskrip Arkān al-Ṣalāt: Tumpuan terhadap Tajuk Syarat Sah Solat(Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), 2022) ;Muhammad Farid Wajdi Bin Abdul Rahim ;Syed Salim Syed ShamsuddinMohd Anuar MamatKemunculan kitab fiqah pertama di alam Melayu berjudul Ṣirāṭ al-Mustaqīm yang dikarang oleh Syeikh Nuruddin alRaniri pada kurun ke-17 Masihi telah mendorong generasi ulama seterusnya untuk menulis dan memperkembangkan penulisan dalam bidang fiqah melalui pendekatan dan kaedah masing-masing. Kepelbagaian dalam cara penulisan kitab fiqah ini telah menonjolkan beberapa aspek keunikan yang terdapat dalam pemikiran fiqah alam Melayu. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek keunikan tersebut yang terdapat dalam salah satu manuskrip fiqah Melayu berjudul Arkān al-Ṣalāt. Naskhah asal manuskrip ini diperoleh daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Analisis yang dilakukan tertumpu kepada bahagian syarat sah solat dalam teks manuskrip tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manuskrip Arkān al-Ṣalāt mempunyai pendekatan dan huraian kandungan yang berbeza berbanding kitab-kitab fiqah Melayu yang lain, bahkan juga kitab Arab. Kelainan ini dapat dilihat pada aspek pemilihan hukum dan juga pandangan yang berbeza daripada apa yang diikuti oleh majoriti penulis kitab yang lain terutama dari sudut pemilihan syarat-syarat sah solat. Keunikan sebegini yang terdapat dalam manuskrip ini seharusnya dikenal pasti untuk mengangkatkan lagi martabat dan ketinggian kearifan tempatan serta hasil usaha intelektual ilmuwan Melayu pada masa dahulu untuk dimanfaatkan pada generasi kini dan akan datang. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Secara Sistematik Pendekatan Pengurusan Zakat Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Pasca Pandemik(USIM Press, 2024) ;Zizi Azlinda Mohd Yusof ;Azman Ab. RahmanSyed Salim Syed ShamsuddinPandemik Covid-19 telah memberi kesan negatif terhadap aspek ekonomi negara sekaligus menaikkan kadar kemiskinan negara semasa. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu pembasmian kemiskinan yang boleh memberi impak yang tidak memberangsangkan sekiranya beberapa inisiatif tidak difokuskan dalam usaha membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025. Kajian ini bertujuan untuk membuat sorotan literatur secara sistematik ke atas bagaimana zakat berperanan dalam membangunkan ekonomi umat Islam di Malaysia pasca pandemik sekaligus membendung isu kemiskinan. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus, Emerald dan Google Scholar (Advanced Google Scholar) secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2023. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 67 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan segera transformasi medium pengumpulan dan pembahagian zakat dalam usaha membasmi kemiskinan oleh pihak berwajib di Malaysia kerana ia sangat relevan dan signifikan membasmi kemiskinan. Kajian ini memberi impak terhadap kemampuan masyarakat untuk kelangsungan hidup agar bebas dari kemelut kemiskinan tegar pada pasca-pandemik Covid-19 tercapai pada tahun 2025 menerusi salah satu sistem kewangan sosial Islam iaitu zakat secara teknologi digital samada dari segi pengumpulan atau pembahagian sumbangan zakat kepada yang memerlukan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Sistematik Terhadap Penentuan Agihan Bantuan Kemiskinan Kepada Golongan B40 Di Malaysia(USIM Press, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Syed Salim Syed ShamsuddinZizi Azlinda Mohd YusofKenaikan insiden kemiskinan mutlak di Malaysia semakin meningkat apabila 20% isi rumah M40 beralih kepada B40 sepanjang waktu pandemik COVID-19 akibat kemelesetan ekonomi. Pelbagai usaha dijalankan bagi menangani kemiskinan sejajar dengan tunjang utama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) iaitu pengukuhan keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti. Bagi mencapai objektif kesejahteraan negara dalam masa lima tahun sejak RMK-12 diperkenalkan, pendekatan yang proaktif perlu dilakukan secara terancang. Namun begitu, pelbagai pendapat telah dilontarkan bagi mentransformasikan inklusiviti B40 dalam kegiatan ekonomi terutamanya berkaitan agihan bantuan kemiskinan yang menjadi talian hayat mereka saban hari. Oleh itu, penilaian semula penentu agihan bantuan kemiskinan perlu dijalankan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis berkenaan penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 di Malaysia dengan menggunakan analisis literatur sistematik. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus dan My Jurnal secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2023. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 52 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati agihan bantuan kemiskinan yang baru mampu mengenalpasti faktor tekanan sara hidup rakyat miskin yang terjerat dalam golongan B40 selain membantu untuk meringankan beban kuasa ekonomi rakyat miskin. Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi gambaran dan perbincangan yang berguna serta menjadi rujukan kepada penyelidik dan ahli akademik yang lain berkenaan analisis sistematik terhadap penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 dengan menggunakan metodologi PRISMA. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Budaya Hedonisme dalam Kalangan Remaja Muslim: Tinjauan Terhadap Pendidikan Akhlak dalam Islam Menurut Kitab Penawar bagi Hati Karya Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili(Penerbit USIM, 2023) ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Muhammad Farid Wajdi bin Ab. RahimMohd Syahmie bin Mat BakriArtikel ini melihat budaya hedonisme yang menular dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia dan langkah-langkah pendidikan akhlak menurut perspektif Islam. Artikel ini menjadikan kitab Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili sebagai panduan langkah-langkah pendidikan dan pentarbiahan akhlak bagi mendepani budaya hedonisme di dalam masyarakat Malasyia yang dilihat semakin membimbangkan. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap penulisanpenulisan para ulama turath dan kontemporari yang berkaitan, secara khususnya kitab Penawar Bagi Hati. Penulis mendapati bahawa budaya hedonisme yang dibawa masuk ke negara ini adalah mengikut acuan barat telah merosakkan nilai-nilai murni, adab serta budaya Masyarakat Melayu yang diwarisi sejak sekian lama. Pengawasan akhlak para remaja Muslim adalah sangat perlu dititiberatkan dengan jalan kembali kepada peninggalan keilmuan para ulama Islam melalui karya-karya mereka yang telah menggariskan kaedah-kaedah pendidikan dan pentarbiahan akhlak seorang Muslim. Antara contoh yang terbaik ialah kitab Penawar Bagi hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili yang telah mempersiapkan panduan serta metodologi yang perlu diikuti oleh masyarakat Melayu di rantau ini dalam mendepani apa jua aliran pemikiran serta budaya yang tidak selari dengan konsep akhlak Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Aqli Dan Naqli Dalam Karya Turath Islam Sebagai Medium Memahami Nas Syarak: Tinjauan Terhadap Kandungan Dan Metodologi Penulisan Risalah Wasail Ilmu Al-Kalam Wa Ra’fah Wa Rahmah Li Al-‘Awam(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Syed Salim Syed ShamsuddinMuhammad Farid Wajdi bin Ab. RahimArtikel ini meninjau peranan akal menurut perspektif syarak dan bagaimana integrasi aqli dan naqli yang terdapat di dalam karya-karya turath Islam bertindak sebagai perantara untuk memahami nas-nas syarak. Para ulama telah mengarang banyak karya yang menggunakan instrumen akal sebagai tunjang, lalu muncullah ilmu-ilmu seperti usul fiqh, usuluddin, mantik dan bahasa Arab. Perbahasan tentang dalalat, qiyas dan istinbat hukum contohnya menjadi salah satu topik utama. Tinjauan tentang kandungan dan metodologi penulisan dilakukan kepada karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Wasail Ilmu al-Kalam Wa Ra’fat Wa Rahmat Li al-‘Awam yang membahaskan hukum akal dengan terperinci. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap karyakarya turath Islam dan penulisan yang berkaitan serta analisis terhadap risalah Wasail Ilmu al-Kalam secara khusus. Dapatan penulisan ini menunjukkan karya-karya turath ulama silam telah memartabatkan akal dalam memahami nas-nas syarak melalui pelbagai cabang ilmu alat yang penting. Nas-nas al-Quran dan hadis mesti difahami mengikut konteks, kaedah dan selok-belok disiplin ilmu yang berasaskan akal seperti ilmu mantik dan ilmu kalam yang menjadi tunjang kepada pengeluaran hukum melalui ilmu usuluddin, usul fiqh dan fiqh. Inilah pendekatan dan manhaj yang dijalani oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. Dalam memahami perbahasan ulama di dalam karya-karya mereka seseorang itu perlu kepada ilmu yang mendalam dan mantap dalam bidang berkenaan terutama untuk memahami maksud istilah-istilah yang diguna pakai. Risalah Wasail Ilmu al-Kalam perlu dipelajari dan diletakkan sebagai teks asas bagi semua penuntut ilmu syarak. Ini kerana risalah ini merupakan antara karya terpenting yang menghuraikan secara terperinci maksud-maksud ulama ilmu kalam ketika menghuraikan perbahasan usuluddin dengan fahaman yang sebenar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Berinteraksi Dengan Teks Turath Mazhab Syafie: Aplikasi Terhadap Hukum Kenajisan Khinzir(Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-27) ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim ;Abdul Karim Pardon,Aizuddin Abdul AzizArtikel ini menjelaskan tertib susunan kedudukan ulama mujtahid, kitab dan terminologi (mustalahat) utama dalam mazhab Syafie sebagai antara kaedah utama dalam berinteraksi dengan teks-teks turath mazhab. Mendalami perkara ini sangat penting bagi para penuntut ilmu, pengkaji mazhab, pengamal undang-undang dan mufti bagi memahami sesuatu hukum yang dibincangkan oleh para fuqaha Syafi‘iyyah dalam karya-karya mereka. Aplikasi kaedah dilakukan terhadap tatacara dan manhaj yang diambil oleh fuqaha Syafi‘iyyah dalam hukum kenajisan khinzir. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen terhadap teks-teks turath fiqh Syafie secara khusus serta penulisan para ulama kontemporari yang berkaitan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan kefahaman secara teliti dan terperinci tentang susunan kedudukan ulama mujtahid, tertib dan peringkat susunan kitab dan maksud mustalahat yang digunakan merupakan asas penting ketika berinteraksi dengan teks-teks turath mazhab Syafie agar kefahaman pembaca dan pengkaji selari dengan maksud sebenar pengarang dan pegangan mazhab. Tanpa memahami perkara ini dengan jelas, sesuatu fatwa atau hukum yang dikeluarkan akan menyimpang dari perjalanan mazhab, justeru tidak boleh disandarkan kepada mazhab itu sendiri. Dalam isu kenajisan khinzir, al-qawl al-mu‘tamad mazhab Syafie ialah khinzir dikategorikan sebagai najis mughallazah sama seperti hukum anjing, wajib dibasuh apa-apa yang bersentuh dengan mana-mana bahagian daripada khinzir sebanyak tujuh kali basuhan air mutlak di antaranya air bercampur tanah. Pandangan Imam al-Nawawi yang mengatakan bahawa khinzir bukan dalam kategori najis mughallazah yang perlu diulang basuhannya bukanlah pegangan muktamad mazhab Syafie dan tidak boleh dinisbahkan kepada mazhab. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Uruf Sebagai Justifikasi Penerimaan Dalam Tanah Adat- Satu Analisa Fiqh(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Yasmin Hanani Mohd. Safian ;Abdul Manan Ismail ;Zahari Mahad Musa ;Muhammad Nizam, Awang ;Ahmad Zaki Salleh ;Irwan Mohd Subri ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Lukmanul Hakim Hj HanafSiti Nor Hafidza RazaliIslam telah menetapkan kaedah tertentu dalam pembahagian harta warisan termasuklah tanah adat. Dalam pada itu, budaya setempat mempunyai kaedah tersendiri dalam isu pemberian tanah adat yang berbeza dengan kaedah faraid. Kajian ini akan mengkaji sejauh mana budaya setempat atau uruf ini boleh diterima pakai dalam isu pembahagian tanah adat khususnya di Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama, kajian ini akan membincangkan syarat-syarat penerimaan uruf dalam pemberian harta pusaka berdasarkan nas al-Quran, Hadis dan pandangan ulama fikah serta dapatan temuramah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif yang menggunapakai kaedah analisa dokumen dan temubual berstruktur separa. Hasil kajian ini merumuskan bahawa perwarisan tanah adat adalah suatu praktis yang telah diamalkan sejak zaman berzaman di Negeri Sembilan mengikut adat Minangkabau tetapi perlu diselarikan dengan hukum syarak. Selain itu, pemberian tanah adat ini tidak bersifat mutlak, tetapi berdasarkan konsep pemegang amanah yang menyatakan bahawa wanita menjaga amanah tanah adat suku masing-masing. Kajian ini sangat signifikan dalam menyelesaikan isu pewarisan tanah adat untuk menentukan sama ada praktis pemberian tanah adat adalah bertepatan atau bersalahan dengan hukum syarak. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kitab Turath Fiqh Syafie Jawi Sebagai Medium Penyampaian Ilmu Fardu Ain Di Malaysia: Analisis Metodologi Penulisan Kitab Hidayat Al-Sibyan Fi Ma‘Rifat Al-Islam Wa Al-Iman(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim ;Abdul Karim PardonMohd Faisal MohamedDalam memahami ilmu fiqh, di samping teks-teks Arab teks-teks turath Jawi digunapakai secara meluas sejak awal kedatangan Islam di Nusantara yang memberi impak yang besar terhadap bidang keilmuan dan pengamalan agama Islam penduduk Melayu. Di antara teks utama yang digunapakai di Malaysia ialah kitab Hidayat al-Sibyan fi Ma‘rifat al-Islam wa al-Iman karya Abu Abdullah Husein bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib al-Mas‘udi al-Banjari. Artikel ini meninjau serta menjelaskan secara ringkas bagaimana kitab turath fiqh Jawi memainkan peranan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran ilmu fardu ain kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Seterusnya, artikel ini menganalisa metodologi penulisan kitab Hidayat al-Sibyan fi Ma‘rifat al-Islam wa al-Iman dan pendekatan yang digunapakai oleh pengarang. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap teks-teks fiqh Jawi turath dan penulisan yang berkaitan serta analisis terhadap kitab Hidayat al-Sibyan secara khusus. Dapatan penulisan ini menunjukkan karya-karya turath fiqh Syafie Jawi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk keilmuan fiqh masyarakat Melayu zaman berzaman khususnya dalam bidang fardu ain. Kitab Hidayat al-Sibyan ialah antara kitab terpenting dan masyhur dalam pendidikan fardu ain berkaitan ibadat. Gaya penyampaiannya yang mudah tetapi lengkap telah menarik perhatian para ulama tempatan untuk menjadikannya di antara teks asas bagi golongan awam mempelajari dan mengamalkan syariat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Pengawasan Moral Dan Hak Asasi Manusia: Tinjauan Mengikut Perundangan Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Syed Salim Syed ShamsuddinHashim, H.Artikel ini melihat dan mengkaji konsep pengawasan moral dan hak asasi manusia menurut perundangan syariah serta kepentingannya dalam sesebuah masyarakat Muslim khususnya di Malaysia. Artikel ini juga cuba untuk membetulkan salah faham tentang maksud sebenar konsep pengawasan moral yang dibawa oleh perundangan syariah seterusnya menyangkal dakwaan bahawa konsep ini bercanggah dengan hak asasi manusia justeru perlu disekat perlaksanaannya dalam masyarakat. Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang diterima pakai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Hak asasi manusia juga merupakan satu elemen penting dalam kehidupan yang perlu dipertahankan bagi menjamin keadilan dan keharmonian manusiasejagat. Islam sebagai agama yang syumul telah memartabatkan hak-hak asasi manusia dalam pelbagai hal termasuk yang berhubung kait dengan moral dan etika dengan menggubal undang-undang yang begitu komprehensif melibatkan setiap golongan individu, masa, tempatdan situasi. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatifdeskriptifmelalui analisis dokumen terhadap karangan para ulama silam dan semasa yang berkaitan dengan permasalahan pengawasan moral dan hak asasi manusia. Hasil kajian mendapati bahawa pengawasan moral yang digariskan oleh perundangan syariah adalah selari dengan dengan hak asasi manusia. Tegasnya, apabila konsep pengawasan moral ini dilaksanakan ia dapat memelihara keharmonian masyarakat dan negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Laysa Kamithlihi Shay'un: The Interpretation of Mutashabihat Verses And Traditions By 'Abd Al-Qadir Wangah In Risalah Manhaj Ahl Al-Sunnah(Univ Malaya, Acad Islamic Studies, 2020) ;Razali, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Aziz, Mohammad Aizuddin AbdulMohamed, Mohd FaisalAmong many issues discussed and debated in the field of Islamic theology is the interpretation of the mutashabihat verses and traditions. Tuan Guru 'Abd Al-Qadir Wangah, or known as Ayah Dir Sekam, was among the many Malay Muslim scholars who analysed, described and contributed to the proper understanding of mutashabihat in the Islamic studies. This study aims at analyzing Ayah Dir's discussion on the interpretation of the mutashabihat from his writing, namely Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah. Textual analysis methodology is applied on this 'Risalah' to thematize and organize his main ideas in providing the correct methodology in understanding the mutashabihat verses and traditions. Findings show that Ayah Dir Sekam's methodology of interpretation, namely ta'wil ijmali and tafsili, is in line with the methodology of classical and modern scholars of Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, which is regarded as the mainstream of Islam. This is due to his strong link with the significant turath (heritage) and mu'tabar (credible) writings by these scholars. In the same way, this is also due to his firm educational experience with many well-known Malay Muslim scholars either in the Malay Archipelago or in Mecca. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Penulisan Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Abdul Qadir Bin Wangah (1340-1421h / 1921-1991m)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Mohammad Aizuddin Abdul Azizi ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliSyed Salim Syed ShamsuddinRisalah Manhaj Ahli Sunnah adalah sebuah karya ilmiah Haji Abdul Qadir bin Wangah atau Ayah Dir Sekam yang membahaskan berkenaan metodologi berinteraksi dengan ayat-ayat mutasyabihat. Faktor utama yang membawa kepada terbitnya risalah ini adalah kerana telah ada di Fatani pada zaman beliau yang berfahaman literal dalam berinteraksi dengan ayat-ayat mutasyabihat. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan terhadap kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah secara khusus di samping dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Menerusi penelitian ke atas Risalah Manhaj Ahli Sunnah, artikel ini dapat menyimpulkan lima perkara utama yang berkait rapat dengan metodologi penulisan Haji Abdul Qadir bin Wangah dalam kitab ini. Lima perkara utama ini adalah seperti berikut: penggunaan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama, penggunaan ilmu Maqulat, tidak menggunakan seratus peratus bahasa persuratan, aplikasi loghat tempatan Melayu Fatani dalam penulisan, dan penggunaan kitab-kitab rujukan muktabar dalam Ahli Sunnah Waljamaah. Sebagai kesimpulan, Risalah Manhaj Ahli Sunnah ini adalah sesuai untuk dirujuk dan digunakan oleh masyarakat hari ini. Sumbangan Haji Abdul Qadir bin Wangah adalah sangat membantu dalam menangani masalah salah faham ke atas nas-nas mutasyabihat yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Moral Surveillance in Shariah Law: Between Misconception and Significance(IKIM Press, 2015)Syed Salim Syed ShamsuddinSince the start of creation, man has never ceased to contemplate the moral question of good and evil. Morality basically refers to principles concerning right and wrong or good and bad behavior. It deals with human's character and conduct that to be governed by certain rules. In Islamic point of view, Islamic morality teaches the Muslim how to win the never-ending battle of good against evil as prescribed by Allah (s.w.t.). Morality is both an individual and social phenomenon. Thus, the relevance of morals to our daily life is so great that a lot of our present social, economic and political problems are the result of our ethical problem. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandangan Muktamad Imam Al-Nawawi Tentang Kenajisan Khinzir: Tinjauan Tekstual(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Mohammad Aizuddin Abdul AzizSyed Salim Syed ShamsuddinKenajisan khinzir sebagai najis berat (mughallazah) merupakan pandangan muktamad dan yang difatwakan dalam mazhab Syafie. Namun, kedudukan pandangan ini seolah-olah diragui dengan alasan ianya bercanggah dengan pandangan Imam al-Nawawi yang berpandangan sebaliknya. Artikel ini menilai pandangan sebenar Imam al-Nawawi berhubung isu ini. Bagi mencapai objektif, artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan dengan merujuk karya-karya Imam al-Nawawi secara khusus dan penulisan-penulisan lain bagi menganalisa serta membuat kesimpulan terhadap pandangan muktamad di sisi Imam al-Nawawi berkenaan kenajisan khinzir dan tatacara penyuciannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa pandangan muktamad berkaitan kenajisan khinzir di sisi Imam al-Nawawi ialah khinzir tidak dikira sebagai najis mughallazah, dan sudut penyuciannya juga berbeza, iaitu memadai dibasuh sekali seumpama najis-najis lain. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik COVID-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran Di Malaysia(USIM Press, 2021) ;Azman Ab. Rahman ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Nurul Nadia Nozlan ;Muhd. Faiz Abd. ShakorAfaf SukariNegara telah digemparkan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) atau dikenali juga sebagai COVID-19. Bencana wabak COVID-19 ini telah memberi implikasi yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya. Hal ini telah menyebabkan pelbagai sektor turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 tersebut termasuklah institusi Pendidikan di Malaysia. Perkara ini turut memberi kebimbangan kepada para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bersama pelajar Kurang Upaya Masalah Pembelajaran (OKU MP) perlu dilaksanakan secara atas talian. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah PdP yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas dan cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan PdP bersama para pelajar OKU MP sewaktu COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan soal selidik dan dokumentasi dalam mengumpulkan data bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah mengenal pasti teknik tertentu dan bersesuaian sebelum memulakan PdP bersama OKU MP merupakan kaedah utama dalam PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19. Cabaran utama dalam PdP Pendidikan Islam pelajar OKU MP adalah isu berkaitan kemudahan teknologi selain isu komitmen pelajar dan ibu bapa, kemahiran dan kepakaran guru serta kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sepanjang meneruskan PdP secara atas talian disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pelajar OKU MP dalam mendepani cabaran yang dihadapi bagi meneruskan PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19 serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU di Malaysia secara umumnya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018)Syed Salim Syed ShamsuddinArtikel ini meninjau peranan pengajian kitab turath Jawi sebagai satu bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam yang penting terutama kepada pengajian ilmu fiqah di Malaysia. Tradisi pengajian yang menggunakan teks turath Jawi telah lama dipraktikkan di Alam Melayu. Namun begitu, sistem pengajian moden tempatan dilihat kurang memberi penekanan kepada pengambilan teks turath Jawi sebagai teks utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, artikel ini cuba melihat kesan dan kepentingan pengajian teks turath Jawi untuk memahami ilmu-ilmu Islam, khususnya ilmu fiqah. Di samping itu, perbincangan artikel ini turut melihat perlaksanaan pengajian talaqqi kitab turath Jawi di beberapa buah fakulti di Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk tujuan ini, kaedah kualitatif deskriptif digunapakai di samping soal selidik dan temu bual berstruktur separa. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengajian talaqqi kitab turath Jawi merupakan satu kaedah yang sangat penting dalam dunia pendidikan di Malaysia terutama kepada pelajar aliran syariah. Kitab turath Jawi dianggap sebagai sumber utama dalam pengajian ilmu-ilmu Islam di rantau ini. Kefahaman terhadap teks turath Jawi ini dapat memantapkan para pelajar dengan ilmu-ilmu asas Islam yang kukuh sebelum mula mempelajari ilmu-ilmu moden. Dengan itu, mereka dapat mempertahankan diri daripada pelbagai pengaruh luar yang boleh menjejaskan kefahaman mereka terhadap Islam. Tuntasnya, tradisi pengajian kitab-kitab turath Jawi perlu diketengahkan semula dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya masyarakat kampus di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkan al-Solat(USIM Press, 2021) ;Muhammad Farid Wajdi Abdul Rahim ;Mohd Anuar MamatSyed Salim Syed ShamsuddinKedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa. Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ribuan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama. Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab Jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh Jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh Jawi. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuwan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Pengetahuan Akidah Terhadap Amalan Solat Fardu: Tinjauan Terhadap Pelajar Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri Sembilan(Penerbit USIM, 2022) ;Muhamad Zaki ZainuddinSyed Salim Syed ShamsuddinAkidah merupakan satu ikatan kepercayaan dan keyakinan yang kuat antara makhluk dan Pencipta. Akidah mestilah disertai dengan perbuatan iaitu ibadah. Ibadah membantu individu Muslim mengawal dirinya daripada terlibat dengan unsur-unsur jenayah mahupun salah laku disiplin. Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan akidah dan amalan solat fardu pelajar sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan akidah pelajar dengan amalan solat fardu mereka serta sumbangan pengetahuan akidah terhadap amalan solat fardu yang mereka lakukan. Kajian ini melibatkan 352 orang pelajar dari 36 buah sekolah menengah di daerah Seremban. Satu set borang soal selidik yang ditadbir secara dalam talian digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian korelasi Pearson dan regresi berganda dilakukan dengan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan akidah amalan solat fardu pelajar berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati tahap pengetahuan akidah pelajar mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap sangat rendah dengan amalan solat fardu pelajar (r = 0.139, p < 0.01). Analisis regresi mendapati pengetahuan akidah pelajar mempengaruhi secara signifikan terhadap amalan solat fardu pelajar. Hasil kajian ini diharap menginspirasikan Guru Pendidikan Islam (GPI) untuk mempelbagaikan aktiviti sokongan akademik serta mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran akidah dan ibadah. Input ini diharap dapat meningkatkan penghayatan akidah dan ibadah pelajar dalam usaha untuk mengekang penglibatan remaja dalam salah laku jenayah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Fatwa Di Negara-Negara Nusantara: Negara Brunei Darussalam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2009) ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Muhammad Mustaqim Mohd ZarifMushaddad HasbullahThis study focuses on identifying and analyzing issues and aspects relating to the management and development of fatwa and the Mufti institution in Negara Brunei Darussalarn. At the same time, matters relating to the history, organization and administration of fatwa affairs in Brunei h mth e past until the present day will also be discussed for a more comprehensive view and understanding of the subject matter. As such, this research is primarily based on the library research method and observations based on the available documented evidences and works written on the subject. Tbe findings indicate that the commitment and enthusiasm showed by the d e r and people of Brunei to uphold the institution of fatwa and Mufti at the national level has made it as an important entity with influence over the state's national and administrative policies. In addition, the efficiency and systematic administration of the State Mufti Department through the use of the latest technological advancement in telecommunications technology in disseminating fatwa is exemplary for other Muslim countries, especially in matters relating to the management of fatwa affairs. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perlaksanaan Ujian HIV Ke Atas Bakal Pengantin Di Negeri Johor: Satu Kajian Dari Sudut Undang-Undang Dan Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2005) ;Azman Ab Rahman ;Mushaddad Hasbullah ;Syed Salim Syed ShamsuddinYasmin Hanani Mohd. SafianThis study attempts to shed light on the implementation of the mandatory pre-marital HIV (Human Immunodeficiency Virus) testing on Muslim individuals in Johor and its effectiveness. This study also tries to trace the implications and consequences of the test upon the harrnonisation of Muslim family institutions specifically and the society at large, as well as to unveil the views of Syarac and Law on this issue together with its elaborations. The study adopts two kinds of methods. Firstly, library research which focuses on the collection of data from books, reports, statutes, enactments and others, both on the Islamic perspective and Family Law. Secondly, field research which denotes data collection through interviews with related authorities, either from the government or non-governmental organizations (NGOs), besides collecting feed backs and views fiom the state Muftis. The research discovered that the HIV pre-marital testing is only a mandatory and compulsory requirement in Johor, other states are still in the stage of planning and discussing the matter. The study also found out that Islam does not forbid the implementation of such testing for the sake of public interest. However, this study observed that the test is only compulsory to Muslim couples who wish to marry in Johor, which is based on the fatwa or religious decree on the issue made by the Johor Religious Council, without any legal enforcement binding it. Hence, this research is believed to be able to provide solutions to problems concerning human rights as well as to clear all doubts on the view of Islam and Law towards the pre-marital HIV test. It is also hoped that this research will be a significant reference and guide to any states in Malaysia wishing to implement the same test too.