Browsing by Author "Tengku Fathul Aziz Tengku Abd Mutalib"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penulisan Tafsir Di Malaysia: Kajian Terhadap Tafsir Pedoman Muttaqin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Tengku Fathul Aziz Tengku Abd Mutalib ;Walid Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor YahyaPengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah bermula sejak lama dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian ini bermula di rumah-rumah tok guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya. Pengajian ini juga lebih tersusun dan secara rasmi apabila sistem pengajian pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, satu usaha yang jitu perlu dilakukan bagi memelihara khazanah-khazanah ilmu ulama-ulama terdahulu dan diteliti kandungannya melalui kajian-kajian komprehensif terhadap hasil-hasil penulisan tersebut dan mengetengahkan keistimewaan isi kandungannya serta diperbaiki mutu bahasanya agar ia terus dimanfaatkan generasi kini dan akan datang bukan sekadar dijadikan koleksi simpanan sahaja. Melalui penulisan artikel ini, penulis cuba meneliti salah satu kitab tafsir di Malaysia iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dengan cara memerhatikan kaedah-kaedah penulisan beliau dalam kitab tafsirnya. Penulisan artikel kali ini berobjektifkan kepada sejarah penulisan tafsir atau latar belakang penulisan tafsir di Malaysia dengan lebih terperinci dan kaedah yang digunakan di dalam penulisan tafsir Melayu klasik yang biasa dibacakan di masjid dan surau tempat penulis tinggal. Diharapkan hasil dari penulisan ini dapat menonjolkan satu model atau contoh tafsir yang sesuai dengan kondisi masa kini khususnya masyarakat di Malaysia.