Browsing by Author "Tuan Sidek Bin Tuan Muda"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan, Keperluan dan Cabaran dalam Pemerkasaan Pensijilan Halal Kategori Premis Makanan di Malaysia(Penerbit USIM, 2024) ;Mohammad Hafeez Md Ramli ;Tuan Sidek Bin Tuan MudaAnita Abdul RaniProduk dengan logo halal telah menjadi satu keperluan kepada pengguna Muslim di Malaysia pada hari ini. Kesedaran halal juga dilihat semakin meningkat. Di Malaysia terdapat 9 kategori pensijilan halal, salah satunya ialah premis makanan. Ia melibatkan pemberian sijil halal kepada dapur hotel, restoran, gerai, kiosk, medan selera, warung dan seumpamanya yang telah memenuhi syarat-syarat dan prosedur pensijilan halal. Walaupun pensijilan halal dalam kalangan industri makanan berkembang pesat iaitu dengan meningkatnya permohonan sijil halal, tetapi pensijilan halal dalam kategori premis makanan dilihat agak perlahan. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk membincangkan kepentingan, keperluan dan cabaran bagi memperkasa pensijilan halal dalam kategori ini. Kajian ini di buat menggunakan kaedah kualitatif. Data dikumpul dan dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan. Kajian mendapati pensijilan halal dalam premis makanan sangat penting dan perlu diperkasakan bagi memastikan pengguna mendapat jaminan untuk menikmati makanan yang halalal toyyiban, bukan sahaja terjamin dari sudut halal, tetapi juga terjamin dari sudut keselamatan makanan. Dengan pemerkasaan tersebut diharapkan isu-isu yang melibatkan keselamatan makanan yang sering kali berlaku di premis makanan tidak berulang. Kajian juga mendapati terdapat beberapa cabaran utama dalam proses memperkasa pensijilan halal dalam kategori ini antaranya kesukaran proses permohonan sijil halal, kos untuk pematuhan dan keperluan bahan mentah yang halal, kesulitan dalam memenuhi keperluan dokumentasi, kebersihan dan kos penambahbaikan premis.