Browsing by Author "Umairatul Ezzah Md Ariff Maricar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kecerdikan Buatan (ai) Dalam Pembelajaran Al-quran(Academic Inspired Network, 2024) ;Farihah Khalisah Nasir ;Umairatul Ezzah Md Ariff MaricarSyed Najihuddin Syed HassanKajian ini dijalankan bagi menerangkan kelebihan menggunakan pelbagai jenis Aplikasi Kecerdikan (Intelligence Artificial) dalam membantu proses pembelajaran Al-Quran. Antara permasalahan yang dapat diketengahkan di dalam kajian ini adalah dapatan carian mod bahasa daripada AI tidak sepenuhnya bertepatan dengan konteks dari ayat Al-Quran apabila melalui proses translasi. Selain itu, terdapat juga kesukaran dalam mencari aplikasi AI yang tepat dalam proses pembelajaran Al-quran. Seterusnya, adalah berkaitan kesedaran masyarakat masih berada di tahap rendah dalam memahami kaedah penggunaan aplikasi AI dalam pembelajaran Al-Quran. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesahihan makna ayat al-quran hasil carian ChatGPT, seterusnya menganalisis aplikasi AI yang paling sesuai dalam pembelajaran Al-Quran serta memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan penggunaan pelbagai aplikasi AI berikutan perkembangan teknologi hari ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Antara hasil dapatan kajian ini adalah, penggunaan kaedah AI dalam pembelajaran Al-Quran memerlukan proses berkonsultasi dengan ahli tafsir untuk memastikan interpretasi yang diberikan oleh Chatgpt bertepatan dengan al-quran. Walaupun setelah menggunakan AI, masyarakat tetap perlu merujuk kepada kitab-kitab tafsir Al-Quran. Selain itu, pemilihan aplikasi kecerdikan buatan haruslah yang sesuai dengan situasi dan keperluan konteks pembelajaran Al-Quran. Kesimpulannya, aplikasi kecerdikan buatan adalah mod alat yang berharga dalam pembelajaran Al-Quran namun masih perlu diambil kira beberapa kekurangannya. Penting untuk mengimbangi kemudahan akses ini dengan ada keterlibatan daripada orang yang mahir dalam bidang alquran bagi memastikan apa yang dicari itu sahih. Ekoran perkembangan teknologi aplikasi AI, masyarakat boleh menjadikannya satu metode dalam meningkatkan pemahaman kepada Al-Quran.