Browsing by Author "Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gelagat Pengguna, Penjanaan Dan Pengembangan Kekayaan Pasca Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali ;Hanifah Abdul Hamid ;Wan Rasyidah Wan Nawang ;Wan Nur Fazni Wan Mohamad NazarieUmi Hamidaton Mohd Soffian LeeTeori perubahan gelagat pengguna dibangunkan daripada kajian psikologi seterusnya diaplikasikan kepada gelagat pengguna. Pakar psikologi percaya bahawa gelagat manusia boleh berubah melalui rangsangan dan tindak balas berdasarkan teori-teori yang dibangunkan oleh Pavlov, Skinner, Thorndike, dan lain-lain. Ancaman pandemik Covid-19 telah menyebabkan beberapa negara mengambil tindakan drastik seperti menyekat pergerakan rakyat, menyediakan pakej rangsangan ekonomi untuk memulihkan keadaan ekonomi semasa dan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) bertujuan untuk mengekang penularan wabak ini. Dalam konteks negara Malaysia, kajian ini mencadangkan bahawa semua tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan mampu mewujudkan tindak balas positif dan negatif melalui teori pembelajaran pengguna. Kajian ini didasari oleh teori Pelaziman Operan (Conditioning Theory) yang mencadangkan empat kategori gelagat pengguna semasa berlakunya Covid-19. Tujuan kertas kerja ini untuk mencadangkan rangka kerja konseptual berkaitan segmen pasaran yang wujud akibat Covid-19 dan cadangan jenis penjanaan dan pengembangan kekayaan yang baharu pasca Covid19. Jangkaan hasil kajian akan membuktikan terdapat empat kategori pengguna berdasarkan reaksi melalui gelagat yang ditonjolkan semasa pasca pandemik berlangsung. Ia melibatkan gelagat kembali ke tabiat asal, norma baharu norma baharu yang sederhana, dan kitar semula. Dasar-dasar tertentu boleh dibangunkan bertujuan untuk mengetengahkan gelagat norma baharu dalam kalangan pengguna bagi mengatasi impak Covid-19 malahan untuk memastikan Malaysia berdaya saing dalam mengharungi revolusi industri 4.0. Kajian di masa akan datang perlu dijalankan secara berterusan untuk memastikan rangka kerja yang dicadangkan dapat diadaptasi dalam konteks dan industri yang berbeza.