Browsing by Author "Wan Abdul Fattah Wan Ismai"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Awal Liabiliti Pembekam Semasa Proses Rawatan Bekam Dari Perspektif Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Nurul Izzah Syafiqah Osman ;Abd Hamid Abd Murad; ;Arif Fahmi Md Yusof ;Wan Abdul Fattah Wan Ismai ;Lukman Abdul Mutalib ;Mohd Dzulkhairi Mohd RaniMuhammad Tauffik Mohd NoorTerapi bekam merupakan salah satu bentuk perubatan alternatif kuno yang masih mendapat permintaan yang tinggi. Tujuan pesakit menjalani rawatan bekam adalah bertujuan untuk mengurangkan kesakitan, bersantai, membantu pengaliran darah, dan urutan tisu dalaman. Persoalan yang timbul sekiranya, jika berlaku kecuaian ketika pesakit sedang menjalani rawatan bekam, adakah liabiliti itu akan dikenakan keatas pembekam atau sebaliknya? Jika dikenakan tindakan ke atas pembekam itu apakah prosedur yang akan dilaksanakan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti liabiliti ke atas pembekam semasa rawatan bekam dijalankan ke atas pesakit dan prosedur yang akan dilaksanakan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap sumber-sumber perundangan Syariah yang muktamad dan literatur kontemporari yang direkodkan dalam jurnal-jurnal yang terindeks. Hasil kajian mendapati kecuaian ini boleh diklasifikasikan kepada kecuaian sengaja, tidak sengaja dan menyerupai sengaja. Liabiliti tersebut diambil kira mengikut kepada jenis kecuaian dan pampasan sewajarnya perlu diberikan mengikut kepada bahagian yang terkesan. Maka, ,elihat dari hasilan ini, prosedur perlu ditentukan bagi mengelakkan kecuaian dan kebertanggungjawaban (dhaman) terhadap liabiliti tersebut. Kajian ini mengusulkan supaya kajian lanjut dilakukan bagi melihat kesesuaian aplikasi konsep liabiliti pembekam ini relevan dengan perundangan tort masa kini. Diharapkan kajian ini akan memberi manfaat bagi amalan bekam yang lebih baik di masa hadapan.