Browsing by Author "Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Tamadun Bangsa Yang Maju Dalam Sains Berdasarkan Manuskrip Kitab Tabaqat Al-Umam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mohd Zamrus Mohd Ali ;Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin ;Zulkarnin Zakaria ;Rossidi Usop ;Mahiz Spawi ;Abdel Rahman Ibrahim Suleiman IslehAhmad Fuad Mohamad AminManuskrip Kitab Tabaqat al-Umam menjadi rujukan kerana penulisan Sa‘id al-Andalusi berhubung dengan tasawwur sains dari aspek pensejarahan dan falsafah sains memberi makna sebenar terhadap istilah al-‘ulum. Malah dengan sains yang mereka bina telah memberi kesan kemajuan kepada tamadun manusia di India, Parsi, Chaldean, Yunani, Rom, Mesir, Arab, Andalusia dan Bani Israel pada abad pertengahan hingga abad ke-10. Kajian ini meneliti bagaimana perkemabangan sejarah awal bangsa yang disenaraikan dalam manuskrip kitab Tabaqat al-Umam. Kajian juga bertujuan mengenal pasti pembangunan ilmu sains terawal yang berkepentingan hasil fungsi yang pelbagai dalam masyarakat bangsa tersebut. Seterusnya kajian ini akan memberi cadangan penguasaan ilmu sains melalui analisis epistemologi sains secara terperinci menerusi kajian terhadap aspek kepentingan, fungsi serta sumbangan sains dalam tamadun bangsa. Kajian mendapati golongan intelektual dalam kebanyakan tamadun bangsa yang maju mempunyai pemahaman sains sebagai ilmu yang mampu membina negara dan bangsa. Kajian bersetuju dengan dapatan bahawa perkembangan sains yang pesat di Andalusia dikenali sebagai pusat ilmu sains selama hampir 800 tahun di rantau Eropah. Ia terbukti apabila hampir keseluruhan penduduknya mengenal huruf dan boleh membaca sedangkan dalam masa yang sama penduduk di sebahagian negara-negara Eropah masih mundur dan buta huruf.