Browsing by Author "Wan Haslan Khairuddin"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesesuaian Pengeluaran Fatwa Mengenai Kewajipan Memelihara Keselamatan Di Jalan Raya(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Iskandar Abdul Hamid ;Khairil Anwar Abu Kassim ;Wan Haslan Khairuddin ;Abu Dardaa Mohamad ;Zarir Zulkipli ;Syazwan Solah ;Kamarul Azhar Kamarudin ;Ahmad Sufian Abdullah ;Azhar HamzahZulhaidi JawiKajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan para otoriti agama di Malaysia berkenaan kesesuaian pengeluaran fatwa mengenai kewajipan memelihara keselamatan di jalan raya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan metode kualitatif secara deskriptif, iaitu dengan menemubual mufti-mufti negeri dan wilayah di seluruh Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua para mufti bersetuju agar fatwa dikeluarkan mengenai perkara ini, sama ada berbentuk fatwa yang digazetkan atau pandangan hukum. Dengan adanya fatwa ini, ia dilihat mempunyai potensi dan berkemampuan untuk mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian akibat nahas jalan raya, terutama dikalangan orang-orang yang berpegang dan beramal dengan ajaran Islam di negara ini. Selain itu, pihak jabatan-jabatan mufti juga menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan, bantuan dan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan pemegang taruh lainnya didalam usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia. Hasil kajian boleh dijadikan asas untuk penyediaan dan penggubalan kertas kerja cadangan pengeluaran fatwa berkenaan kepentingan keselamatan jalan raya di Malaysia dalam masa terdekat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kritikan Liberal Terhadap Institusi Islam Dalam Wacana Negara Sekular: Satu Penelitian Awal(Majlis Agama Islam Selangor, 2019) ;Muhammad Rashidi Wahab ;Wan Adli Wan Ramli ;Wan Mohd Azam Mohd Amin ;Mohd Faizul Azmi ;Wan Haslan Khairuddin ;Muhammad Khairi Mahyuddin ;Redwan YasinNur Ayuni Mohd IsaIdeologi liberal nampaknya berkembang sehingga dalam dunia Islam. Salah satu ciri liberalisme ialah mencabar serta menolak wibawa autoriti yang dilihat mengawal pentafsiran dan kefahaman agama. Dalam konteks umat Islam di Malaysia, antara autoriti agama yang menjadi sasaran dari golongan liberal pada masa kini adalah institusi Islam. Perkara ini sangat membimbangkan dan ia perlu dijelaskan serta ditangani segera agar institusi Islam di Malaysia kekal terpelihara. Berdasarkan kaedah analisis kandungan, artikel ini meneliti kritikan dan serangan golongan liberal terhadap institusi Islam di Malaysia, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri. Akhirnya, didapati terdapat usaha berterusan dari golongan liberal untuk menghapuskan institusi Islam di Malaysia. Tindakan ini berpunca daripada pegangan mereka terhadap konsep negara sekular yang menolak sebarang peranan agama dalam negara. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penjelasan dan Analisis Kritikal Doktrin Martabat Tujuh dalam Kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah(Mufti of Federal Territory's Office (PMWP), 2023) ;Muhammad Khairi Mahyuddin ;Ahmad Najaa' Mokhtar ;Faudzinaim Badaruddin ;Abdull Rahman Mahmood ;Wan Haslan KhairuddinKhairatul Akmar Ab LatifThe seven degrees of existence in the Sufi tradition in Malaysia are considered a theological issue related to deviant teaching. Moreover, there is an opinion to accuse that doctrine as illegal generally. Such accusation significantly impacts society and the practitioner of Sufism in the tauhid from Sufi's methodology. This study aims to explain the misunderstanding of the seven degrees of existence and clarify the distinction between the characteristic of true and false tauhid based on the genuine Sufi methodology that is clarified authentically by prominent Sufi scholars. The study's methodology used historical and textual analysis from authentic Sufis literatuers. The finding from the study indicates that the seven degrees of existence are a succinct way to elaborate tauhid sufi that cannot be literally and linguistically perceived resulting in misinterpretation and misunderstanding. The seven degrees of existence should be elaborated and perceived by following the accurate Sufi methodology that is compliant with the fundamentals of principles approved collectively by theologians and Sufis. The true meaning of the seven degrees has differentiated between the degree of Divinity and the degree of creation is acceptable due to its compliance to the Akidah and Sharia. In contrast, the seven degrees that elaborated with the connotation of union and incarnation are strictly rejected as they contradict both principles.