Browsing by Author "Wan Moharani Muhamad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepelbagaian Naratif Wacana Berita Pandemik Covid-19: Analisis Portal Berita Aswaqpress.Com(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-11-02) ;Muhammad Marwan Ismail ;Farah Nadia Harun ;Wan Moharani Muhamad ;Nurhasma Muhammad SaadZulkipli Md. Isa - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Laporan Berita Proklamasi Darurat Pandemik Covid-19: Analisis Wacana Autoritatif Portal Berita Bahasa Arab ‘aswaq’(Asian Scholars Network, 2024) ;Muhammad Marwan Ismail ;Farah Nadia Harun ;Wan Moharani Muhamad ;Nurhasma Muhammad SaadZulkipli Md IsaPandemik Covid-19 telah menjadi topik utama wacana segenap lapisan masyarakat. Media masa khususnya portal berita dalam talian telah memainkan peranan yang penting sebagai agen penyebaran maklumat terkait pandemik kepada umum dengan cepat dan mudah. Justeru, makalah ini bertujuan menganalisis dengan terperinci laporan beritaterkait pandemik Covid-19 yang dipaparkan oleh portal berita berbahasa Arab ‘Aswaq’ (aswaqpress.com) bermula Januari hingga Julai 2021. Aswaq yang mula beroperasi sejak 2009 berperanan sebagai jambatan berita dan maklumat antara Malaysia dan dunia Arab. Fokus kajian adalah kepada wacana autoritatif yang memuatkan naratif dari sumber-sumber pihak berwajib dan berpengaruh yang lazimnya dianggap umum sebagai sumber sahih. Kajian ini juga akan merungkai strategi-strategi yang digunakan oleh portal berita Aswaqdalam mengolah dan melaporkan wacana autoritatif dalam laporan berita mereka. Seterusnya ia akan memberi gambaran keseluruhan terhadap naratif lopran berita terkait pandemik Covid-19 yang dihidangkan kepada para pembaca khususnya di Timur Tengah berkaitanMalaysia. Metode kajian adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK) berasaskan teks (textual-oriented Critical Discourse Analysis) yang dianjurkan oleh Norman Fairclough (1992). Hasil analisis kualitatif akan dibantu dengan dapatan data statistik janaan perisian analisis Korpus Linguistik ‘AntConc’ bagi sistem Windows 11 versi 4.2.4 (2023). Dapatan awal menunjukkan, naratif berita pandemik Covid-19 oleh Aswaq.com padat dengan wacana autoritatif bagi meyakinkan para pembaca tentang maklumat yang mereka sajikan kepada para pembaca sasaran. Dalam pada itu, terdapat juga wacana dari sumber-sumber lain bersifat antagonis yang mencabar kewibawaan wacana autoritatif selain menawarkan wacana alternatif kepada naratif pihak berkuasa.Semua ini menjadikan wacana portal berita Aswaq kaya dengan pelbagai maklumat dari sumber yang berbeza untuk tatapan para pembaca yang semakin kritis. Di akhir makalah, cadangan dan penambahbaikan akan dikemukakan untuk kajian berkaitan pada masa hadapan.