Browsing by Author "Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Penulisan Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Abdul Qadir Bin Wangah (1340-1421h / 1921-1991m)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Mohammad Aizuddin Abdul Azizi ;Wan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliSyed Salim Syed ShamsuddinRisalah Manhaj Ahli Sunnah adalah sebuah karya ilmiah Haji Abdul Qadir bin Wangah atau Ayah Dir Sekam yang membahaskan berkenaan metodologi berinteraksi dengan ayat-ayat mutasyabihat. Faktor utama yang membawa kepada terbitnya risalah ini adalah kerana telah ada di Fatani pada zaman beliau yang berfahaman literal dalam berinteraksi dengan ayat-ayat mutasyabihat. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan terhadap kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah secara khusus di samping dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Menerusi penelitian ke atas Risalah Manhaj Ahli Sunnah, artikel ini dapat menyimpulkan lima perkara utama yang berkait rapat dengan metodologi penulisan Haji Abdul Qadir bin Wangah dalam kitab ini. Lima perkara utama ini adalah seperti berikut: penggunaan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama, penggunaan ilmu Maqulat, tidak menggunakan seratus peratus bahasa persuratan, aplikasi loghat tempatan Melayu Fatani dalam penulisan, dan penggunaan kitab-kitab rujukan muktabar dalam Ahli Sunnah Waljamaah. Sebagai kesimpulan, Risalah Manhaj Ahli Sunnah ini adalah sesuai untuk dirujuk dan digunakan oleh masyarakat hari ini. Sumbangan Haji Abdul Qadir bin Wangah adalah sangat membantu dalam menangani masalah salah faham ke atas nas-nas mutasyabihat yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.