Browsing by Author "Wan Nor Fitrah Binti Wan Nor"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu dan Cabaran Pengajian Hadis di Malaysia(Academic Inspired Network, 2023) ;Nurul Nabilla Binti Samsudin ;Wan Nor Fitrah Binti Wan Nor ;Nur Afiqah Binti Ahmad FadzilMaisarah SaidinHadis merupakan sumber hukum kedua selepas al-Qur’an. Pengajian hadis amat penting bagi mewujudkan kefahaman masyarakat terhadap bidang ilmu hadis dan memastikan pemeliharaan khazanah kitab-kitab hadis secara berterusan. Daurah hadis merupakan salah satu medium penyampaian dakwah yang penting kepada masyarakat. Kajian terdahulu menunjukkan terdapat beberapa isu-isu dan cabaran yang berlaku semasa proses pembelajaran daurah hadis di pelbagai institusi. Meskipun pengajian hadis telah wujud sejak zaman Rasulullah namun segelintir isu perlu dipandang serius dan dititikberatkan seperti pentauliahan dari Majlis Agama, tahap penerimaan masyarakat dalam pengajian daurah hadis, cabaran yang dihadapi oleh institusi pondok, pusat-pusat tahfiz, surau dan masjid serta peranan dan pengaruh media tentang daurah di dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti sejarah kewujudan pengajian daurah hadis, menganalisa beberapa kelebihan dan kekurangan yang ada dalam pengajian daurah hadis, serta mengkaji isu-isu dan cabaran yang terdapat sepanjang pengajian hadis dilaksanakan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumen analisis yang mengumpulkan dokumentasi daripada kajian-kajian lepas serta menganalisis isu-isu tersebut melalui media sosial seperti artikel, laporan akhbar Malaysia dan lain-lain yang berkaitan isu-isu kontroversi di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan dan mendapati terdapat segelintir penceramah agama yang masih diragui ketauliyahan untuk mengajar pengajian hadis walaupun telah menyebarkan ilmunya ke serata tempat. Kesimpulannya, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Negeri perlu mengkaji semula kelayakan setiap penceramah bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat agar akidah mereka tidak terpesong disamping terus beramal mengikut ajaran Islam bertepatan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dari segi Akhlak, Syariah dan Aqidah.