Browsing by Author "Wan Nur Fasihah Wan Noh"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyakit Kanser Menurut Teks Manuskrip Perubatan Melayu Terpilih: Analisis Terhadap Simptom, Bahan Medika Dan Kaedah Rawatan(Perpustakaan Negara Malaysia, 2022) ;Wan Nur Fasihah Wan Noh ;Nurulwahidah FauziMuhammad Fawwaz Muhammad YusoffKanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan proses penyalinan sel baru dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan berlaku penyalinan yang baharu mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Oleh kerana penyakit ini merupakan penyakit yang jarang-jarang terjadi dalam kalangan masyarakat sejak tahun 4500 SM, ha/ ini dapat membantu mengembangkan pengetahuan pragmatik mengenai tumbuh-tumbuhan dan herba, bersama dengan idea umum mengenai petua dan cara merawat atau mencegah jangldtan kanser. Di antara 100 jenis kanser yang telah dicalatkan menurut pandangan para pengamal pengubatan tradisi Melayu dan dalam teks manuskrip perubatan Melayu terpilih, kanser dijelaskan dalam pelbagai teks sebagai barah, ketumbuhan atau tumor. Dalam penelitian awal, penulis mendapati terdapal banyak kajian lepas yang membicarakan mengenai penyakit kanser ini dari pelbagai aspek, walau bagaimanapun, belum ditemui kajian yang cuba menganalisis perihal penyakit ini dari sudut pandang para pengamal pengubatan tradisi Melayu dalam teks manuskrip perubatan Melayu terpilih. Justeru, dengan menggunakan metodologi analisis kandungan yang diaplikasikan dengan induktif dan deduktif, artikel ini bertujuan untuk; i) mengenal pasti akan sebutan penyaldt kanser dalam teks manuskrip perubatan Melayu terpilih dalam kalangan manusia, ii) mengkaji simptom-simptom penyakit ini sebagaimana yang direkodkan dalam teks manuskrip perubatan Melayu lerpilih, iii) Menganalisis bahan-bahan medika digunakan bagi merawat penyakil kanser, iv) Menganalisis idea-idea rawatan dan petua dari perspektif pandangan pengubatan orang Melayu. Jangkaan hasil kajian kami mendapati bahawa orang Melayu diasimilasi dengan penyakit yangberkaitan dengan ramuan semula jadi untuk merawat penyakit dalam kehidupanseharian mereka. Semua bahagian anatomi tumbuhan yang digunakan: cabangakar, biji, kulit kayu, getah, dan ranting dengan lebih dan 20 jenis tanaman ubat, zat mineral dan minyak, bahagian dan produk haiwan digunakan untuk mencegah penyakit dalam kalangan masyarakat