Browsing by Author "Yaakob, M. A."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Kewujudan al-Mutaba'at dalam Periwayatan Hadith secara al-Tafarrud(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Yaakob, M. A.Shamsudin, R.Hadith yang diriwayatkan secara al-tafarrud iaitu hadith yang diriwayatkan secara bersendirian dan tiada riwayat lain yang mengiringinya memberi indikasi bahawa tidak wujud hadith lain yang diriwayatkan. Dalam erti kata lain, hadith yang diriwayatkan secara al-tafaruuditu tidak mempunyai riwayat sokongan dalam bentuk mutaba'at iaitu perkongsian periwayatan hadith oleh seorang perawi dengan perawi yang lain. Namun demikian, terdapat hadith-hadith yang disifatkan oleh sebahagian sarjana hadith sebagai al-tafarrudnamun kemudiannya dinyatakan oleh sarjana hadith lain bahawa terdapat al-mutaba'at bagi hadith tersebut. Justeru, artikel ini akan menganalisis faktor-faktor yang menjadi penyebab fenomena ini berlaku. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif sepenuhnya yang melibatkan pengumpulan data melalui kajian keperpustakaan. Data-data tersebut dianalisis berdasarkan kaedah induktif.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor dan salah satu darinya adalah kerana perawi yang meriwayatkan hadith dalam bentuk al-mutaba ah tersebut berada pada kedudukan yang terlalu daif dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah.