Browsing by Author "Yaakob, M. A. Z."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Kajian Zakat dan Maqasid Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Bhari, A. ;Abdullah, L. ;Yaakob, M. A. Z. ;Khalid, M. M.Mohamed Yusof, M. F.Senario fatwa yang diputuskan oleh institusi fatwa di Malaysia sentiasa berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip hukum Islam yang bersifat fleksibel dan meraikan perubahan persekitaran. Mutakhir ini memperlihatkan penentuan sesuatu fatwa zakat tidak lagi secara langsung terikat dengan mazhab Syafie. Ini menunjukkan keterbukaan penerimaan pendapat pelbagai mazhab yang lain dan pandangan sarjana hukum fiqh kontemporari oleh pihak berautoriti dalam mengeluarkan hukum atau fatwa berkaitan zakat masa kini. Hal ini boleh dilihat terhadap senario hukum dan fatwa yang berubah daripada sandaran mazhab Syafie kepada pandangan mazhab lain atau pandangan tokoh fiqh kontemporari. Terdapat pelbagai penyelidikan telah dijalankan yang membincangkan fatwa, zakat dan maqasid syariah dalam bentuk tulisan disertasi, tesis, buku atau artikel jurnal. Artikel ini bertujuan mengkaji literatur yang berkaitan dengan fatwa zakat dan penggunaan maqasid al-shariah yang akan dikaji secara deskriptif menggunakan kaedah penyelidikan dokumentasi perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan maqasid al-shariah telah ditulis dalam pelbagai bahasa, aspek dan aplikasi. Walau bagaimanapun, tiada kajian khusus yang dihasilkan berkaitan dengan maqasid fatwa zakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Fiqh Zakat Emas di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Bhari, A. ;Mohamed Yusof, M. F. ;Khalid, M. M. ;Yaakob, M. A. Z.Abdul Razak, M. S.Emas merupakan sejenis logam bernilai yang menjadi simbol kekayaan harta. Emas telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dijadikan wang untuk urusan jual beli dan dijadikan perhiasan untuk golongan wanita. Mutakhir, emas telah dijadikan alat pelaburan melalui pemilikan jongkong, syiling dan akaun untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Pemilikan terhadap emas mewajibkan masyarakat Islam mengeluarkan zakat sebagaimana yang telah digariskan oleh syarak. Oleh itu, artikel ini bertujuan melihat konsep zakat emas dalam perbincangan fiqh klasik serta menyesuaikan dengan perkembangan semasa penggunaan emas dalam masyarakat kini. Seterusnya melihat amalan dan pelaksanaan zakat emas di institusi- institusi zakat di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan perpustakaan. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan hasil kajian. Hasil kajian ini menunjukkan pelaksanaan zakat emas telah dilaksanakan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia yang meliputi zakat emas perhiasan, zakat emas yang disimpan dan zakat emas pelaburan. Ini menunjukkan institusi-institusi zakat sentiasa proaktif dalam melaksanakan zakat emas dan sentiasa membuat kajian secara berterusan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Risk Management in Waqf Institutions: A Preliminary Study(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Khalid, M. M. ;Yaakob, M. A. Z. ;Bhari, A.Mohamed Yusof, M. F.Modern management practice has put greater emphasize on the principles of accountability and transparency. Along with the revival of Islamic institutions, there are call by the stakeholder for management of waqf institutions to adopt modern management practice to improve their efficiency in managing waqf asset. As part of good governance and best practices of waqf institutions, management of risk is fundamental to the proper functioning of any institution including waqf to ensure the accountability of mutawalli (waqf manager) and transparency of the management. Studies on risk management practices on Islamic institution indicate that risk come across in many different ways; financial, personnel, program and capital expenditure decisions due to interactions with economic, political and social environments. However, the dissimilarity of management practices of waqf asset could be due to the absence of risk management function for waqf institutions. This paper aims at exploring the major themes that constitute the basis of the discussion on accountability in waqf institutions. In doing this, the theoretical underpinnings and the existing research relating to waqf investment and its risk management practice are examined.