Browsing by Author "Yusuf Mohd Shallehuddin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Kesedaran Pelajar Terhadap Hadis Mawdu’ dalam Kalangan Pelajar Da’wah dan Pengurusan Islam USIM(Penerbit USIM, 2024) ;Yusuf Mohd Shallehuddin ;NurNajjah Nadia Daroji ;Siti Nur Izzah SulaimanAmran Abdul HalimSecara umumnya, hadis adalah sumber kedua tertinggi selepas al-Quran dan digunakan sebagai sumber rujukan bagi umat islam. Namun, tidak semua hadis yang dinyatakan adalah benar kerana terdapat penipuan yang digunakan dengan menggunakan nama nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai hadis mawdu' (hadis palsu). Ini kerana kajian mendapati bahawa terdapat hadis yang di sampaikan tidak dinyatakan status dan perawi hadis, hal ini menyebabkan tersebarnya hadis palsu. Mengambil kira kebimbangan ini, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar mengenai penyebaran hadis mawdu’ dengan menganalisis ilmu pengetahuan pelajar mengenai ilmu hadis. Kajian ini di jalankan dengan memberikan beberapa soalan kaji selidik kepada pelajar Da’wah dan Pengurusan Islam USIM. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah dokumentasi iaitu dengan merujuk bahan-bahan ilmiah dan artikel. Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai hadis mawdu’. Di samping itu, pengkaji juga telah menggunakan sumber rujukan daripada laman sesawang rasmi dalam mengumpulkan maklumat tentang hadis mawdu’. Hasil daripada dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman berkaitan dengan hadis mawdu' adalah tahap sederhana dan sebahagian pelajar masih belum dapat mengenalpasti dengan jelas status hadis yang diterima. Oleh itu, kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar Da'wah dan Pengurusan Islam bahawa pentingnya untuk mengetahui ilmu hadis supaya para pelajar lebih berhati-hati dalam menyebarkan atau menerima hadis kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada amalan kehidupan.