Browsing by Author "Zaid Ahmad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Pembentukan Kerjasama Politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan parti politik di Malaysia dari 1974-2022(USIM Press, 2023) ;Nur Ayuni Mohd Isa ;Zaid Ahmad ;Ahmad Tarmizi Talib ;Jayum JawanRatna Roshida Abdul RazakMalaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada parti mampu membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Oleh itu, parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk membentuk kerajaan pemerintah. Penyertaan PAS dalam menjalin kerjasama politik juga tidak terkecuali. PAS telah menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti yang berbeza dasar dan latar belakang sebanyak tujuh kali bermula pada tahun 1974 dengan Barisan Nasional (BN), Harakah Keadilan Rakyat (HAK), Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional hingga 2022. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan pengaruh terhadap pembentukan kerjasama politik PAS. Kaedah analisis kandungan dan analisis perbandingan berasaskan kualitatif digunakan hasil daripada data temubual mendalam dengan pemimpin utama PAS, UMNO, PKR, dan DAP dan teks-teks Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan dari tahun 1974 hingga 2020. Dapatan artikel ini menunjukkan pengaruh kerjasama politik PAS berasaskan tiga pertimbangan utama iaitu pertama, pertimbangan dasar (policy seeking) yang dibuktikan apabila PAS menjalankan kerjasama politik untuk mencapai matlamat dasar partinya melaksanakan negara Islam dan hukum-hukum Islam dalam pentadbiran negara. Kedua, adalah berasaskan pertimbangan untuk mendapatkan kuasa (office seeking) dan dibuktikan dengan matlamat menumbangkan kerajaan pemerintah BN dan PH, perebutan jawatan dalam kabinet di antara PAS dan parti komponen lain, serta beberapa manfaat yang diambil daripada perpecahan parti lawan. Ketiga, pertimbangan untuk mendapatkan undi (voting seeking) di mana kerjasama politik memberi lebih banyak undian pada PAS berbanding bertanding secara sendirian. Dengan penemuan ini, artikel ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu menjelaskan pengaruh terhadap keputusan yang diambil oleh sesebuah parti politik dalam menjalankan kerjasama politik. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perbezaan Teori Kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi dalam Aspek Intelektual(Penerbit USIM, 2024) ;Abdul Qayuum Abdul Razak ;Adlina Ab. Halim ;Zaid AhmadNormala OthmanArtikel ini bertitik tolak dari kenyataan Fawzia Bariun dan Abdelaziz Berghout yang menyebut bahawa kedua-dua teori kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi mempunyai persamaan. Abdelaziz Berghout menyatakan persamaan yang dimaksudkan ialah dalam dari sudut pendekatan dan analisis ‘psikologi’ masyarakat. Namun artikel ini mengambil pendekatan sebaliknya iaitu untuk menganalisis perbezaan teori kedua-dua tokoh dalam aspek intelektual. Oleh itu, pengkaji menggunakan metodologi meta-teori Mu Ritzer untuk menganalisis aspek aspek intelektual ini dengan lebih mendalam. Perbezaan boleh dilihat dalam aspek falsafah, kerangka dan pendekatan, konsep dan alat analisis yang digunakan kedua-dua tokoh.