Browsing by Author "Zulbahri, A. A. I."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemindahan Organ Reproduktif daripada Perspektif Fatwa Semasa(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Hamdan, M. N. ;Ramli, M. A. ;Abdul Rahman, N. N.Zulbahri, A. A. I.Perkembangan teknologi perubatan pada hari ini telah memberikan sinar kepada pelbagai penyakit yang sukar untuk dirawat. Dalam rawatan kesuburan misalnya, teknologi terkini sudah mampu menawarkan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan organ reproduktif. Penulisan ini akan membincangkan tentang jenis pemindahan organ reproduktif dan hukum-hukumnya dengan melihat kepada fatwa-fatwa yang telah diberikan oleh ulama kontemporari dan badan fatwa berautoriti di seluruh dunia. Terdapat dua jenis organ reproduktif, iaitu organ yang memindahkan maklumat genetik seperti testis dan ovari, dan organ yang tidak membawa sebarang maklumat genetik seperti rahim, tiub fallopio, faraj dan zakar. Majoriti ulama mengharamkan pemindahan dari jenis pertama kerana ia termasuk di bawah hukum mengubah ciptaan allah swt yang dilarang olehnya, di samping larangan nabi saw dari melakukan amalan mengkasi. Manakala pemindahan dari jenis kedua, majoriti mereka mengharuskannya dalam keadaan darurah dengan pengecualian aurat mughallazah, iaitu faraj dan zakar dengan alasan ia tidak melibatkan sebarang pemindahan genetik.