Browsing by Author "Zuriatunfadzliah Sahdan"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Keruntuhan Sahsiah Remaja Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-12-30) ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail; ;Lukman Abdul Mutalib ;Nik Salida Suhaila Nik Saleh ;Zulfaqar Mamat ;Zuriatunfadzliah Sahdan ;Syh Noorul Madihah Syed Husin ;Mohamad Aniq Aiman AliasNurul Syazwani Abdullah KaharRemaja merupakan aset yang amat penting bagi menjamin kemajuan dan kekuatan sesebuah masyarakat dan negara. Justeru itu, golongan remaja ini perlulah digilap dan dibentuk dengan acuan yang terbaik untuk melahirkan satu model yang ideal dan berkualiti pada masa akan datang. Sungguhpun begitu, keterlibatan remaja-remaja Islam di Malaysia dalam perkara-perkara yang meruntuhkan sahsiah seperti seks bebas merupakan suatu perkara yang amat membimbangkan dan perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kenyataan ini bukanlah satu lontaran kosong untuk menakutkan mana-mana pihak semata-mata, bahkan ia disokong oleh bukti-bukti penyelidikan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sahsiah remaja Islam di Malaysia? Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan faktor-faktor yang telah menyumbang kepada remaja Islam terjebak dengan perkara-perkara yang meruntuhkan sahsiah. Selain itu, penyelidik juga turut mencadangkan beberapa cadangan yang boleh dibuat bagi mengurangkan kes-kes sebegini. Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual dengan beberapa pusat perlindungan dan responden-responden yang terpilih di Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan remaja Islam terjebak dengan perkara-perkara yang meruntuhkan sahsiah. Faktor-faktor yang dimaksudkan ialah kurang didikan agama, kegagalan institusi rumah tangga, tahap pendidikan yang rendah, dorongan rakan sebaya, teknologi yang berleluasa dan pergaulan bebas. Diharapkan dengan pendedahan awal mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sahsiah remaja Islam di Malaysia, kes-kes sebegini akan dapat dikesan dan dibasmi lebih awal oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Dan Perzinaan Remaja Muslim Di Malaysia(DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 2023) ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Zuriatunfadzliah Sahdan; ;Lukman Abdul Mutalib ;Nik Salida Suhaila Nik Saleh ;Zulfaqar Mamat ;Syh Noorul Madihah Syed HusinMohamad Aniq Aiman AliasThe family institution is the key environment that shapes the lives ofadolescents. Without proper monitoring and education from parents and family, adolescents are exposed to acts that can destroy their personality, such as engaging in adulterous activities. Therefore, this study was conducted to describe the family factors that contribute to adultery among Muslim adolescents in Malaysia. Adopting a qualitative method, 12 research participants were interviewed. The researcher used semi-structured interviews, which involve the flexibility of interviewswith open-ended questions. The data obtained from the interview were then analyzed to obtain the results of the study. The findings of this study show that there are several family factors that have contributed to adultery. These factors are the divorce of parents, lack of communication between parents and children, excessive restrictions, lack of religious education, adulterous family, drug use and, the most serious of all, the family’s exploitation of adolescents for prostitution. These findings also indicate that the basis for the formation of the Islamic family institution in Malaysia needs to be re-examined and monitored as well as possible in order to provide a safe environment for adolescents and, in turn, avoid adultery. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Awal Terhadap Punca-Punca Yang Menyebabkan Remaja Islam Di Malaysia Terlanjur(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-12-30) ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail; ;Lukman Abdul Mutalib ;Nik Salida Suhaila Nik Saleh ;Zulfaqar Mamat ;Zuriatunfadzliah Sahdan ;Syh Noorul Madihah Syed Husin ;Mohamad Aniq Aiman AliasNurul Syazwani Abdullah KaharRemaja merupakan aset negara yang identitinya mesti dipupuk supaya selaras dengan pembangunan dan tuntutan negara yang bertamadun. Kualiti dan ketahanan generasi muda negara dalam memimpin masyarakat ke arah jalan yang benar menentukan kemakmuran masa depan sesebuah negara. Namun sejak akhir-akhir banyak laporan dari media massa dan elektronik menyatakan bahawa kadar remaja-remaja Islam yang terlanjur di Malaysia amatamat membimbangkan. Dalam kajian ini, penulis akan membincangkan berkenaan punca yang menyebabkan remaja di Malaysia terlanjur. Hasil kajian mendapati bahawa, adalah sangat penting untuk memahami punca kepada kerosakan remaja pada hari ini demi membendung kepada masalah yang lebih besar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa antara punca-punca yang menyebabkan remaja terlanjur iaitu antaranya atas sebab kurangnya didikan agama, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan data daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan analisis dokumen dan kaedah temu bual di beberapa pusat perlindungan yang terpilih dengan mengkaji punca-punca yang menyebabkan remaja Islam di Malaysia terlanjur. Oleh itu, kajian ini mengharapkan pihak-pihak yang berkenaan terutamanya ibu bapa boleh mengambil usaha yang sepatutnya bagi membendung masalah ini.