2023 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 SWAT by Subject "an, media, tvalhijrah, quran@114"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Quran@114 Tval-Hijrah: Revolusi Pembelajaran Dan Pengajaran Quran Abad Ke 21Program berkonsepkan pembelajaran dan pengajaran al-Quran menerusi media baharu mula mendapat tempat khususnya selepas tahun 2020 yang lalu. Ia bermula dengan pengenalan program My Quran Time yang dilancarkan oleh media penyiaran TV al-Hijrah dengan kerjasama pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan pihak Karangkraf bagi mengisi pengisian bermanfaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga jumlah tontonan mencecah jutaan penonton. Selepas daripada penganjuran program tersebut, TV al-Hijrah mengorak langkah melancarkan sebuah program baharu di bawah kendaliannya sepenuhnya iaitu Quran@114 yang berobjektifkan memberikan pengenalan dan sinopsis atau ringkasan bagi surah-surah yang terkandung dalam al-Quran di samping membawakan pelajaran-pelajaran yang penting daripada surah-surah yang dibincangkan. Pengenalan kepada program baharu di Tval-Hijrah ini dilihat satu revolusi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran abad ke-21 dari sudut kandungan, persembahan dan penerimaan masyarakat terhadap program-program yang bertemakan pembelajaran dan pengajaran al-Quran. Justeru kertas kerja ini disediakan bagi memberikan justifikasi terhadap penyataan bahawa program ini adalah suatu revolusi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran abad ke-21.9 25