2023 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 SWAT by Subject "bn Ḥajar, Sejarah, Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘Umr"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Ibn Ḥajar Al-‘Asqalānī Dalam Bidang Sejarah: Tumpuan Terhadap Kitab Inbā’ Al-Ghumr Bi Anbā’ Al-‘Umr(Penerbit USIM, 2023) ;Wan Muhd Usaid bin Wan SubkiMuhamad Rozaimi bin RamleIbn Ḥajar al-‘Asqalānī merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang hadis. Namun, beliau juga mempunyai pelbagai karya dan sumbangan dalam bidang sejarah dan masih belum banyak kajian yang mengetengahkan sumbangan beliau dalam bidang ini. Antara karya beliau dalam bidang sejarah yang jarang diketengahkan adalah Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘Umr. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan sumbangan Ibn Ḥajar al-Asqalānī dalam bidang tersebut menerusi kitab Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘Umr. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan dilakukan secara kualitatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang hadis semata-mata bahkan merangkumi bidang sejarah menerusi Inbā’ al-Ghumr bi Anbā’ al-‘Umr yang telah beliau hasilkan ini terutamanya peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman beliau iaitu sekitar tahun 773H sehingga 850H.6 6