2023 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 SWAT by Subject "ekonomi, pengangguran, profesion, al-Quran"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemerkasaan Ekonomi Belia Era Kerajaan Madani: Adaptasi Daripada Profesion Para Nabi Dalam Al- QuranEkonomi yang mampan merupakan tunjang dalam memacu pembangunan fizikal mahupun modal insan negara diharapkan. Manakan tidak, keperluan utama rakyat seperti makanan, pendidikan dan kesihatan tidak dapatkan dinikmati tanpa kemajuan ekonomi yang baik. Pembangunan ekonomi yang cekap bermula bukan sahaja daripada pihak pemerintah yang bijak mengatur langkah tetapi individu persorangan turut memainkan peranan utama pembangunan ekonomi diri sendiri dan keluarga. Namun kebimbangan mengenai peluang pekerjaan yang terhad sering menghantui golongan belia terutamanya para graduan pengajian tinggi yang dilihat sentiasa mengharapkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki serta menjanjikan pendapatan yang setimpal. Lebih menggusarkan mereka apabila bilangan pengangguran semakin tinggi. Keadaan ini merencatkan perancangan para belia untuk memenuhi impian dan cita-cita dalam membina kehidupan yang lebih sempurna. Justeru, kajian kualitatif ini akan menghuraikan jenis pekerjaan para nabi, iaitu golongan insan yang terbaik di atas muka bumi ini menurut al-Quran seterusnya melihat kupuasan para ilmuan tafsir dalam kupasan nas-nas tersebut. Ia bertujuan memperlihatkan kepada para belia betapa luasnya rezeki kurniaan Allah SWT untuk dicapai dengan usaha yang gigih dan tersusun. Kepentingannya adalah untuk membangkitkan motivasi dalam kalangan belia untuk menguatkan tawakal kepada Allah yang maha mengurnia seterusnya membangkitkan kekuatan untuk berusaha dan tidak memilih dalam soal mencari rezeki.5 109