Ulum Islamiyyah: Malaysian Journal of Islamic Sciences
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Ulum Islamiyyah: Malaysian Journal of Islamic Sciences by Subject "Ahliyyah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia dari Perspektif Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-07-30)Nurul Ain HazramPerkahwinan bawah umur merupakan perkara yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan di serata dunia. Perkahwinan bawah umur berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah masalah sosial yang berlaku di dalam masyarakat dan ianya juga dikatakan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak yang terlibat sehinggakan ramai pihak yang mempersoalkan hukum perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan hukum perkahwinan kanak-kanak dengan membincangkan mengenai kanak-kanak dari perspektif syarak dan juga konsep ahliyyah kanak-kanak dalam perkahwinan, seterusnya membuat kesimpulan mengenai perkahwinan kanak-kanak dari perspektif syariah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menganalisis kitab-kitab fiqh muktabar dari pelbagai mazhab dan mengambil kira pandangan fuqahā’ daripada mazhab yang berbeza agar penerangan mengenai had umur minimum perkahwinan bagi kanak-kanak dapat dijelaskan dengan lebih terperinci. Artikel ini menyimpulkan bahawa syarat baligh bukanlah syarat sah perkahwinan, oleh itu kanak-kanak memiliki kelayakan untuk melangsungkan perkahwinan yang menjadikan hukum perkahwinan kanak-kanak itu adalah harus. Namun begitu, keharusan ini tidaklah bermakna bahawa ianya merupakan satu perkara yang digalakkan. Malah, keharusan ini tertakluk kepada maslahah dan mafsadah yang boleh terhasil daripada perkahwinan tersebut.42 201