Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024
  5. Keperluan Program Sijil Kepakaran Usul Al-Fiqh Bagi Peningkatan Kompetensi Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam di Brunei Darussalam
 
  • Details
Options

Keperluan Program Sijil Kepakaran Usul Al-Fiqh Bagi Peningkatan Kompetensi Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam di Brunei Darussalam

Date Issued
2024
Author(s)
Azme Matali
Abstract
Momentum ekonomi dalam era globalisasi masa kini membawa kesan positif dalam dunia perniagaan, khususnya bagi perkembangan institusi kewangan. Kinerja institusi-institusi kewangan perlu diselaraskan dengan konteks dan keperluan setempat bagi memastikan penerimaan yang meluas dalam dunia perbankan. Brunei Darussalam turut merasai impak perkembangan ini, khususnya dalam kewangan Islam, yang mengutamakan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat tempatan. Dalam memastikan inovasi produk dan perkhidmatan kewangan Islam kekal berlandaskan syariah, pemantauan yang berterusan dan teliti diperlukan oleh pihak berautoriti, termasuk Ahli Lembaga Penasihat Syariah. Kajian ini bertujuan pertama, menilai keperluan Program Sijil Kepakaran Usul al-Fiqh bagi penasihat Syariah, kedua mengkaji persepsi terhadap penguasaan ilmu Usul al-Fiqh dan ketiga menganalisis implikasi kehadiran program ini terhadap kredibiliti institusi kewangan Islam di Brunei. Ilmu Usul al-Fiqh, sebagai asas dalam mengeluarkan hukum syarak, sangat penting untuk memperkuatkan integriti produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Justeru, program kepakaran ini diharapkan dapat menghindari prasangka negatif masyarakat terhadap institusi kewangan Islam. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif, data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual kepada penasihat syariah, pihak pengurusan kewangan, dan pakar akademik tempatan bagi memperoleh maklumat yang jelas dan telus. Hasil kajian menunjukkan satu keperluan mewujudkan program yang signifikan ini bagi memperkukuh kredibiliti penasihat syariah. Kajian ini mencadangkan agar program Sijil Kepakaran Usul al-Fiqh diperkenalkan secara rasmi melalui program akademik di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) khususnya di bawah Fakulti Syariah dan sekaligus memenuhi keperluan institusi kewangan Syariah ke arah memantapkan kinerja Lembaga Penasihat Kewangan Syariah bagi memperkasa struktur institusi kewangan Islam agar lebih mampan seiring dengan peredaran zaman.
Subjects

Sijil Kepakaran Usul ...

Kompetensi Penasihat ...

Brunei Darussalam

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Keperluan Program Sijil Kepakaran Usul Al-Fiqh Bagi Peningkatan Kompetensi Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam di Brunei Darussalam.pdf

Size

556.31 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):adb7e5043c8f62f6ec08b33a3d65d8c2

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia