Options
Kajian tentang Ilmuan Islam Nusantara: Sheikh Muhammad Idris Al – Marbawi
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Siti Aisyah Mohd Isam
Nur Adilah Ahmad Ahyad
Adriana Farzana Zawahir
Maisarah Saidin
Abstract
Terdapat ramai ulama di Nusantara yang terkenal dengan kewibawaan dan ketokohan dalam bidang ilmu masing-masing. Tanah Melayu juga menjadi salah satu lokasi lahirnya ribuan tokoh Islam yang terkenal. Contohnya di Perak, banyak intelektual Islam yang berasal dari negeri ini masyhur dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan banyak menabur jasa kepada penduduk setempat. Antaranya ialah Sheikh Mohd Idris al-Marbawi merupakan tokoh persuratan Arab-Melayu yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara. Walaupun begitu, seiring dengan perkembangan zaman, ketokohan beliau makin dilupakan, malahan generasi muda kini kurang mengetahui sumbangan tokoh ini pada masyarakat Islam Malaysia khususnya. Justeru, amat penting bagi generasi kini mengenali tentang Sheikh Mohd Idris al-Marbawi yang mana merupakan ilmuan yang telah bertungkus-lumus mengerah kudrat dan memberi sumbangan dalam pelbagai aspek. Usaha dalam memperkenalkan ilmuan yang bernama Sheikh Mohd Idris al-Marbawi kepada khalayak ramai merupakan fokus utama dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada segala sumbangan yang telah Sheikh Mohd Idris al-Marbawi lakukan. Kajian ini akan menganalisa latar belakang hidup dan pendidikan serta sumbangan Sheikh Al–Marbawi dalam ilmu agama. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini bersandarkan penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa Sheikh Mohd Idris al-Marbawi merupakan tokoh ilmuan yang banyak berjasa khususnya dalam bidang Tafsir dan Hadis.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
KAJIAN TENTANG ILMUAN ISLAM NUSANTARA_SHEIKH MUHAMMAD IDRIS AL – MARBAWI.pdf
Size
772.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):caed3a0a3c33a81908366f311d75a5a0