Publication:
Konsep Barakah Dalam Pembangunan Negara Berlandaskan Maqasid Al-syariah

dc.contributor.authorNur Mohammad Hadi Bin Zahalanen_US
dc.contributor.authorMeryem Abousen_US
dc.date.accessioned2024-05-28T05:44:39Z
dc.date.available2024-05-28T05:44:39Z
dc.date.issued2018
dc.description.abstractIslam merupakan agama yang membawa kesejahteraan kepada sekalian alam. Islam juga menjaga dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Bagi mengetahui kesejahteraan yang dibawa oleh Islam, maka kita memerlukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia akan ditolak walaupun ia tidak bertentangan dengan hawa nafsu atau akal kita. Berpegang kepada dua sumber ini menjadikan mereka mendapat keberkatan dari Allah dengan menerima segala nikmat dan kebaikan Allah secara berterusan. Maka untuk mencapai konsep barakah didalam pembangunan negara, haruslah menepati Maqasid Al-Syari'ah yang telah diletakan Allah dan RasulNya. Antara perkembangan fenomenal dalam pemikiran Islam pada masa kini ialah kebangkitan minat dan ghairah mewancanakan isu Maqasid Al-Syari'ah. Setelah hampir beberapa dekad ia membeku sejak era al-Syatibi, persoalan dan perbincangan Maqasid disegarkan semula pada pertengahan abad lalu oleh Muhammad at-tahir ibn A'shur dengan kitabnya yang terkenal Maqasid Al-Syari'ah Al-Islamiyyah dan sezaman dengannya 'Allal al-Fasiy dengan kitabnya yang terkenal iaitu Maqasid Al-Syari'ah Al-Islamiyyah Wamaqarimaha. Sejak dari itu wancana dan perbahasa mengenai Maqasid mula berkembang dan disemarakkan dengan munculnya para ilmuan Maqasidiyyun kontemporari seperti Dr. Yusuf Al-Qardawi, Dr. Raisuni, Dr. Jabir Elwani, As-Syekh Abdullah bin Bayyah dan banyak lagi tokoh-tokoh yang membincangkan masalah-masalah syara' dalam konteks Maqasid Al-Syari'ah dan ia juga tidak terlepas dalam membincangkan isu pembangunan negara.en_US
dc.identifier.epage9
dc.identifier.isbn97896744043760
dc.identifier.spage1
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6266
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofIsu-Isu Semasa Islam Dan Sainsen_US
dc.subjectBarakah, Maqasid Al-Syari'ah, Pembangunan Negara.en_US
dc.titleKonsep Barakah Dalam Pembangunan Negara Berlandaskan Maqasid Al-syariahen_US
dspace.entity.typePublication

Files