Options
Sains Forensik Sebagai Keterangan Alternatif Terhadap Kes Liwat Dan Musahaqah Di Mahkamah Syariah
Date Issued
2019
Author(s)
Muhammad Hazim Ahmad
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Sains forensik sebagai salah satu pembuktian di Mahkamah Syariah telah mula hangat diperbahaskan oleh para ilmuan dan ahli akademik. Kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai keterangan alternatif selain daripada pengakuan salah dan saksi bagi kes-kes LGBT. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dan kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data primer dan sekunder. Kemudian, kaedah analisis kandungan diaplikasikan dengan menggunakan penalaran induktif dan deduktif untuk menganalisa data-data tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa liwat dan musahaqah adalah sebahagian daripada kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Kajian juga mendapati terdapat beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai pembuktian alternatif termasuklah analisa DNA, analisa bahan bukti fizikal, biologi, kimia, dan analisa peranti digital. Kajian ini mencadangkan agar aspek pembuktian bagi kes-kes LGBT dalam konteks undang-undang Syariah dan juga Hukum Syarak perlu diberikan penekanan kerana kajian yang sebegini masih belum ada dijalankan oleh para pengkaji. Hal ini kerana pensabitan sesuatu perlakuan jenayah ditentukan melalui keterangan dan pembuktian di Mahkamah Syariah.
File(s)
Loading...
Name
Sains Forensik Sebagai Keterangan Alternatif Terhadap Kes Liwat Dan Musahaqah Di Mahkamah Syariah.pdf
Size
7.81 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7e8c1b93bf9f4889d89ec492e3538d14