Options
Analisis Sejarah, Konsep Diat dan Kadarnya serta Kesesuaian Pelaksanaannya Di Malaysia
Journal
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies
Date Issued
2023
Author(s)
Muhamad Darwisy Mohd Razali
Wan Abdul Fattah Wan Ismail
Universiti Sains Islam Malaysia
Naji Arafat Haji Mahat
Abstract
Meneliti realiti kehidupan semasa di Malaysia, hukuman diat mempunyai ruang untuk dilaksanakan dalam undang-undang pada masa kini. Kemalangan jalan raya bukanlah perkara yang asing lagi dalam masyarakat majmuk di Malaysia, malahan sistem hukuman diat dilihat dapat memberi keadilan yang sewajarnya kepada mangsa dan turut membantu dalam meringankan beban pesalah. Konsep diat dan harta asas bagi diat banyak dibincangkan oleh ulama silam dan kontemporari serta berbeza pandangan dalam konsep diat dan harta asas bagi pembayaran diat. Lantaran itu, kajian ini bertujuan menelusuri sejarah perundangan diat dari zaman sebelum kedatangan Islam, dan perubahannya selepas kedatangan Islam serta menganalisis harta pembayaran diat. Kajian ini juga, bertujuan meneliti ekonomi dan realiti semasa kehidupan masyarakat di Malaysia bagi melihat kesesuaian kadar penetapan nilai diat yang relevan untuk dilaksanakan. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan berdasarkan sumber primer iaitu al-Quran dan hadis serta sumber sekunder diambil dari pengumpulan dokumentasi iaitu jurnal, artikel, buku, tesis, sumber internet, kertas kerja, akhbar dan lain-lain untuk mengetahui isu-isu semasa yang berbangkit dan pandangan ulama kontemporari Islam serta pendapat atau pandangan ulama silam yang amat penting bagi mendapatkan tafsiran bagi sumber primer yang berkaitan pelaksanaan sistem diat ini. Hasil kajian ini mendapati, pelaksanaan sistem diat dalam perundangan kini di Malaysia adalah masih relevan dari sudut pengharmonisasian antara sistem perundangan diat dan undang-undang sivil, malahan harta pembayaran diat diteliti dapat dilaksanakan melihat kepada keadaan ekonomi semasa di Malaysia.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Analisis Sejarah, Konsep Diatdan Kadarnyaserta Kesesuaian Pelaksanaannya Di Malaysia.pdf
Size
416.15 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):61a841d3f596108cf62d7566d285e5b8