Publication: Khidmat Quran dan Sunnah bagi OKU: Pengalaman USIM
Loading...
Date
2017
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Isu berkaitan akses pendidikan bagi golongan berkeperluan khas atau dikenali juga sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sentiasa menjadi isu hangat dan topik perbahasan pelbagai peringkat.Dalam konteks Pendidikan Agama khususnya, persepsi sebahagian masyarakat sering melihat bahawa OKU seolah-olah mendapat pelepasan dalam menerima dan mempraktikkan segala tuntutan syariat Islam. Hal ini menyebabkan kumpulan penyelidik Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah(FPQS),Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)mengambil inisiatif untuk menilai semula keperluan tuntutan spiritual dalam kalangan OKU bermula dengan pemahaman masyarakat terhadap konsep taklif sehingga tertubuhnya kumpulan penyelidikan berfokus atau Special Interest Group (SIG) melalui Quran dan Sunnah bagi OKU (Quran Sunnah for Special Needs.Objektif utama kajian ini adalah untuk berkongsi pengalaman USIM dalam mengenal pasti perkembangan khidmat Quran dan Sunnah bagi OKUdan menjelaskan peranan USIM dalam memberi akses pendidikan Quran dan Sunnah bagi OKU dalam menangani isu akses dan tuntutan OKU beragama. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menjadikan protokol analisis dokumen dan protokol temu bual untuk mendapatkan data. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keperluan mendesak khususnya Universiti Awan (UA) ke arah mewujudkan solidaritidan aksesibaliti OKU merasai konsep indahnya hidup beragama. Usaha ini selaras dengan hasrat USIM menjadi universiti barakah dan pusat rujukan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli di peringkat serantau menjelang tahun 2016 dan di peringkat global menjelang tahun 2025.
Description
Keywords
Khidmat Quran dan Sunnah, USIM, OKU
Citation
Suryani, D., & Mohd Raus, N. (2017). Khidmat Quran dan Sunnah bagi OKU: Pengalaman USIM. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 1(1). https://doi.org/10.33102/jqss.vol1no1.4