Options
Kesahihan Hukum atau Dalil yang Terdapat dalam Aqil Story
Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Zarul Ikmal B Abd Rashid
Muhammad Rasyidie Aiman B Roslan
Muhammad Mustaqeem Shaik Mohideen
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesahihan hukum dan sumber dalil yang telah dikongsi oleh penerbit kartun animasi yang bertajuk 'Aqil Story' yang ditayangkan di televisyen dan media sosial. Permasalahan yang terdapat dalam cerita aqil story ialahtidak dapat dipastikan sama ada dalil atau hukum hakam adalah sahih atau tidak. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti atau mengkaji kesahihan yang terdapat dalam animasi Aqil story. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks terhadap cerita Aqil story berdasarkan penelitian hukum hakam yang terdapat dalam Islam. Setelah kajian ini dijalankan, didapati bahawa hukum hakam, sumber dalil dan kesahihan pendapat berkaitan dengan agama Islam menepati aspek dan tidak terpesong dari sumber utama iaitu al-Quran dan Sunnah. Rumusannya, aqil story menggambarkan sebuah cerita yang meliputi hukum-hukum Islam dalam bentuk animasi. Secara tidak langsung, cerita aqil story memberikan pedoman kepada anak-anak kecil supaya dapat memahami Islam dengan lebihsenang melalui animasi.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kesahihan Hukum atau Dalil yang Terdapat dalam Aqil Story.pdf
Size
596.05 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6248d0bcf026207ac40a4480a303647a