Options
Amalan Pengambilan Ibu Susuan: Satu Kajian Sorotan terhadap Dokumentasi Bukti Penyusuan
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2014
Author(s)
Salleh, S. F.
Daud, N.
Man, S.
Abstract
Pola kehidupan masyarakat sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan gelombang teknologi. Ia menuntut masyarakat membatasi kehidupan mereka melalui kaedah fiqhiyyah (Saddu al-Zara’i‘). Perkara yang sama juga terjadi kepada pelaksanaan konsep ibu susuan dalam masyarakat. Sejajar dengan pengaplikasian kaedah tersebut, perlu diadaptasikan satu mekanisma yang efektif sebagai bukti pengambilan ibu susuan sesuai dengan kehendak syarak. Syarak telah menetapkan kaedah pensabitan mahram susuannya yang tersendiri iaitu melalui penyaksian dan pengakuan. Objektif penulisan artikel ini ialah membincangkan isu yang berkait dengan mahram susuan seperti orang yang menyusukan, usia bayi yang disusukan, kadar susuan, kesan penyusuan, bentuk-bentuk penyusuan yang mensabitkan pengharaman dan mekanisma pensabitan mahram susuan. Bagi memenuhi objektif ini, metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa mendokumentasikan bukti penyusuan oleh badan-badan tertentu seperti Jabatan Pendaftaran Negara adalah satu langkah yang sangat penting dalam mengharmonikan lagi sistem keluarga Islam. Mekanisma pensabitan ini juga sejajar dengan tuntutan Maqasid al- Syariah iaitu “Hifzu al-Nasl” (pemeliharaan keturunan) antaranya untuk mengelakkan daripada berlaku perkahwinan antara mahram susuan.
File(s)
Loading...
Name
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_VOL 4_Amalan pengambilan ibu susuan satu kajian sorotan terhadap dokumentasi bukti penyusuan.pdf
Size
620.2 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):67ddfbec2a035533753bf6be49322b9a