Options
Aplikasi Kaedah Fiqh “La Darar Wa La Dirar” Dalam Isu Covid-19 Di Malaysia
Date Issued
2020-10-27
Author(s)
Zulfaqar Mamat
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyingkap aspek penggunaan kaedah fiqh “la darar wa la dirar” yang boleh diaplikasikan dalam situasi semasa di Malaysia. Kaedah ini yang diambil secara langsung daripada hadis Nabi SAW dilihat penting dalam membantu para ulama kontemporari mencari persamaan dan membuat perbandingan terhadap masalah-masalah fiqh yang pelbagai dan menyesuaikannya dengan permasalahan baru yang belum mempunyai sandaran hukum syarak. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif melalui penerokaan terhadap sumber kepustakaan yang pelbagai dengan meneliti buku-buku berkaitan qawaid fiqhiah, jurnal dan juga laporan pihak yang berkepentingan dalam isu COVID-19 di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kaedah fiqh “la darar wa la dirar” dan beberapa pecahan kaedah yang berada dibawahnya telah diaplikasi dalam banyak permasalahan yang berkait dengan pelaksanaan dan arahan kerajaan semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Walaupun ia tidak disebut secara jelas tetapi tindakan yang diambil adalah selari dengan kaedah fiqh tersebut yang menyarankan supaya semua kemudaratan dihilangkan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Aplikasi Kaedah Fiqh “La Darar Wa La Dirar” Dalam Isu COVID-19 Di Malaysia.pdf
Size
388.84 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3f126367a30d0a392bf15e6036de4a9a