Options
Persepsi Penjawat Awam Terhadap Peranan Gender Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Keluarga
Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Farah Umaina Najwa Ismail
Abstract
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk membentangkan persepsi masyarakat terhadap peranan gender dalam melaksanakan tanggungjawab keluarga, serta menilai faktor-faktor demografi yang menyumbang kepada persepsi responden yang terdiri dari pelbagai agama dan kaum. Berdasarkan amalan masyarakat setempat, terdapat pembahagian tanggungjawab di antara lelaki dan wanita. Oleh itu, kajian ini juga akan menilai adakah pembahagian tersebut dibentuk berdasarkan perbezaan gender. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Kajian ini melibatkan 473 orang penjawat awam di lima institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Malaysia dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden adalah 60.9% penjawat awam wanita dan 39.1% adalah penjawat awam lelaki dari IPTA yang berbeza di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang antara lelaki dan perempuan dalam melaksanakan tanggungjawab keluarga. Justeru, kajian ini bersetuju bahawa kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai peranan yang sama dalam melaksanakan tanggungjawab keluarga. Ia tidak boleh dijalankan sebelah pihak sahaja kerana Islam juga menggalakkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama penting dalam membina kebahagiaan rumahtangga.
File(s)
Loading...
Name
PERSEPSI PENJAWAT AWAM TERHADAP PERANAN GENDER DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KELUARGA.pdf
Size
931.97 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):79fda76fef758b34812959471473ca55