Publication:
Perbahasan Ilmu Genetik Berdasarkan Sumber Al-Quran Dan Al-Sunnah: Suatu Tinjauan Awal

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ilmu genetik merupakan salah satu daripada bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan manusia daripada satu generasi kepada generasi lain. Pelbagai cabang kajian dan tujahan berkaitan ilmu genetik telah dijalankan seiring dengan kepesatan teknologi yang berlaku sepanjang zaman. Matlamatnya untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian kehidupan manusia sejagat. Selain itu, ilmu genetik turut berperanan dalam mengenalpasti dan merawat penyakit genetik yang dialami ramai masyarakat moden hari ini. Berdasarkan tinjauan awal kajian ini, terdapat perbahasan ilmu genetik dalam sumber wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Justeru kajian ini akan mengupas perbahasan genetik menerusi dua sumber tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen di mana ayat al-Quran dan hadis Nabi ﷺ yang berkaitan akan dianalisis berdasarkan kitab tafsir dan syarah hadis yang berkaitan. Hasil kajian mendapati perbahasan ilmu genetik sudah wujud pada zaman Nabi ﷺ menerusi kaedah al-qiyafah. Selain itu terdapat pelbagai tafsiran daripada ahli tafsir dan hadis tentang ilmu genetik yang direkodkan secara tidak langsung bagi menjelaskan sesuatu hukum dan menjawab pertanyaan menerusi sumber hadis.

Description

8TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah Studies

Keywords

genetik, perwarisan, fizikal, spiritual, al-Quran, al-Sunnah.

Citation

Mohd, R. A., Mohd Ghazali, N., Hamisan@Khair, N. S., & Wan Noh, W. N. F. (2022). Perbahasan Ilmu Genetik Berdasarkan Sumber Al-Quran Dan Al-Sunnah: Suatu Tinjauan AwaL. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 437–445. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/42

Collections