Options
Islamofobia di Malaysia: Antara Golongan Islamofobia dan Islamodium
Date Issued
2023-12-23
Author(s)
Farra Nabilla binti Azhari
Nur Afni Najihah binti Mohammad
Mohd Zamrus Bin Mohd Ali
Abstract
Beberapa siri yang mencetuskan isu umat Islam di Malaysia seringkali dikaitkan dengan Islamofobia biarpun pada hakikatnya ia telah menjankau kepada peringkat Islamodium. Isu cadangan pengajaran hadis 40 di sekolah-sekolah dan isu tuntutan oleh Nik Elan Zurina untuk menggugurkan lebih daripada 20 enakmen syariah Kelantan adalah contoh yang paling hampir. Lebih memburukkan lagi imej Islam di Malaysia kerana ada dalam kalangan umat Islam yang menyokong kedua-dua isu tersebut. Seiring dengan perkembangan hari ini, istilah Islamofobia menjadi popular dalam menterjemahkan gambaran tentang perspektif masyarakat terhadap Islam dan umatnya. Manakala Islamodium yang jarang digunapakai membawa maksud kebencian individu atau mana-mana kelompok yang menyatakan kebencian terbuka kepada Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ini juga membuktikan unsur Islamofobia dan Islamodium wujud di Malaysia. Berdasarkan metodologi kajian kualitatif, maklumat kajian awal akan memberi fokus kepada kes-kes yang berlaku di Malaysia yang melibatkan isu terkini sehingga bulan Ogos tahun 2023. Hasil kajian awal mendapati bahawa golongan Islamofobia turut membawa naratif Islamodium secara langsung dalam ucapan mahupun tindakan mereka. Kesimpulan kajian turut menggesa kepada hukuman yang lebih berat kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah mengikut akta kesalahan jenayah syariah. Untuk hal itu, peranan institusi Kehakiman di Malaysia serta Dewan Parlimen wajar mengekang isu Islamofobia dan Islamodium dengan mengembalikan kedaulatan, maruah dan kesucian Islam di Malaysia
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Islamofobia di Malaysia Antara Golongan Islamofobia dan Islamodium.pdf
Size
230.19 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0c3c91b8a3d10ec349b5a73080b20d75