Options
Khawas Surah Al-Fatihah: Kajian Analisa Hadis Sahih Dan Maudu’ Berkaitan Dengannya
Date Issued
2023
Abstract
Surah al-Fatihah adalah surah yg teragung dalam al-Quran. Kelebihan yg dimilikinya menyebabkan surah ini menjadi pembuka bagi al-Quran dan rukun daripada rukun solat yg mana tidak sah solat tanpanya. Kelebihan surah ini disebut di dalam banyak hadis Nabi SAW. Surah ini juga mempunyai pelbagai keistemewaan atau khawas tersendiri yg menunjukkan keutamaannya seperti dapat memperoleh kebaikan dengan membacanya, menolak kemudaratan, rawatan penyembuhan bagi pesakit atau sebagai pembuka hidayah kepada seseorang dan dibaca utk memohon sebarang hajat. Kajian ini adalah berbentuk kajian analisa hadis, keistimewaan surah ini akan dikupas melalui hadis-hadis yg sahih. Ia dibahagikan kepada tiga topik perbincangan, pertama: Huraian berkaitan pengenalan kepada surah merangkumi sebab dan tempat ia diturunkan, bilangan ayat dan nama-namanya. Kedua: Huraian khawas surah ini daripada hadis-hadis yg sahih, dan bahagian ketiga: Dikhususkan utk huraian khawas surah ini daripada hadis-hadis maudu’ dan berbentuk khurafat. Pengkaji menggunakaan dua kaedah dalam menyempurnakan kajian ini. Iaitu: Kaedah induktif dan kaedah analisis. Kaedah induktif digunakan untuk mengumpul dan meneliti hadis-hadis sahih, maudu’ serta khurafat berkaitan dengan surah al-Fatihah. Manakala kaedah analisis digunakan untuk menganalisa nas hadis-hadis tersebut serta mengeluarkan hukum daripadanya. Kajian ini diakhiri dengan beberapa kesimpulan penting.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Khawas Surah Al-Fatihah Kajian Analisa Hadis Sahih Dan Maudu’ Berkaitan Dengannya.pdf
Size
559.21 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7cca2936e57277da08e500d952de5109