Publication:
Tahap Keberkesanan Pengurusan Dana Ke Atas Aktiviti Pencegahan Jenayah Dan Pencegahan Dadah Dikalangan Pertubuhan Yang Berdaftar Di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysian (JPPM)

dc.contributor.authorNik Azmi Nik Omaren_US
dc.contributor.authorWan Zainul Azam Khamiden_US
dc.contributor.authorNorhayati Rafida Abdul Rahimen_US
dc.contributor.authorNur Izzati Nadia Mohd Dzolkiflien_US
dc.contributor.authorNorazam Mohd Nooren_US
dc.contributor.authorMohamad Isa Amaten_US
dc.contributor.authorKhairunneezam Mohd Nooren_US
dc.date.accessioned2024-05-28T04:21:06Z
dc.date.available2024-05-28T04:21:06Z
dc.date.issued2021
dc.date.submitted2022-2-15
dc.descriptionEdisi Khas Tahun 2021 (pages:129-160)en_US
dc.description.abstractInisiatif pemberian Geran Komuniti (G-KOM) telah dimulakan pada tahun 2013 telah diteruskan pada tahun 2014 sehingga tahun 2019. Pemberian dana memberikan impak positif kepada masyarakat di mana, kerajaan telah membantu memperkasakan pertubuhan bagi bersama-sama mewujudkan kawasan kejiranan yang selamat, bersih dan tenteram. Manakala pada tahun 2018, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terus berkolaborasi dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan inisiatif ini juga dipanjangkan kepada pertubuhan Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Pada tahun 2019, JPPM telah menerajui secara keseluruhan dalam pemberian geran ini dan pemberian G-KOM hanya kepada pertubuhan Persatuan Penduduk, Kebajikan dan Keselamatan yang berdaftar di bawah JPPM dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta. Sebagai agensi yang mengawal selia pendaftaran pertubuhan di Malaysia, JPPM mengambil tanggungjawab yang serius bagi memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara. Sejauh manakah keberkesanan pengurusan dana terhadap aktiviti pencegahan jenayah dan pencegahan dadah? Apakah terdapat perhubungan di antara pengurusan dana aktiviti pencegahan jenayah dan juga pencegahan dadah? Apakah terdapat pengaruh demografi responden ke atas keberkesanan pengurusan dana? Antara objektif kajian ialah, 1) untuk mengenal keberkesanan pengurusan dana kepada komuniti dari segi pencegahan jenayah; 2) untuk mengenal pasti manfaat dana kepada komuniti dari segi aktiviti pencegahan dadah dan 3) untuk mengenalpasti hubungkait pengurusan dana pencegahan jenayah dan pencegahan dadah serta latarbelakang demografi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang telah dibina menggunakan pautan Google Form. Pemilihan teknik kutipan data secara atas talian adalah dibuat selepas mempertimbangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berikutan dari penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Borang soal selidik terbahagi kepada empat bahagian A, B, C dan D. Terdapat tiga jenis soalan iaitu soalan tertutup (aneka pilihan/pilihan lebih dari satu), soalan terbuka dan skala Likert. Kajian ini menerima maklum balas daripada 1188 responden dalam kalangan pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM. Seterusnya data yang diperoleh oleh kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Procedure for Social Science (SPSS). Antara analisis yang dijalankan adalah analisis deskriptif (seperti frekuensi, peratusan, purata dan sisihan piawai) dan inferensi seperti ujian Korelasi Pearson, Ujian-T dan Analisa Variasi (ANOVA).en_US
dc.identifier.epage160
dc.identifier.issn2289-4624
dc.identifier.issueEdisi Khas
dc.identifier.spage129
dc.identifier.urihttps://www.moha.gov.my/index.php/ms/2015-06-17-02-53-03
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5265
dc.language.isootheren_US
dc.publisherKementerian Dalam Negerien_US
dc.relation.ispartofJournal of Public Security and Safetyen_US
dc.subjectPematuhan, G-KOM, Keselamatan, Jenayah, Dadahen_US
dc.titleTahap Keberkesanan Pengurusan Dana Ke Atas Aktiviti Pencegahan Jenayah Dan Pencegahan Dadah Dikalangan Pertubuhan Yang Berdaftar Di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysian (JPPM)en_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Tahap Keberkesanan Pengurusan Dana Ke Atas Aktiviti Pencegahan Jenayah Dan Pencegahan Dadah Dikalangan Pertubuhan Yang Berdaftar Di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysian (JPPM).pdf
Size:
1.46 MB
Format:
Adobe Portable Document Format