Publication:
Kritik Teks Hadith & Penggunaannya dalam Menilai Hadith

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan menonjolkan seni kritik teks hadith yang kesannya dalam proses penilaian terhadap hadith. Perbahasan mengenainya banyak dilakukan oleh sarjana-sarjana Hadith terdahulu. Namun, ia tidak pusatkan dalam satu bab yang khusus sehingga ada yang menyangka ahli hadith terlalu mengabaikan aspek kritik matan dalam penilaian mereka. Kajiankajian lepas menunjukkan topik ini masih baru diterokai oleh pengkaji-pengkaji hadith semasa. Penulis telah menggunakan kajian perpustaakan dalam usaha menonjolkan kewujudan seni kritik hadith dalam kalangan ahli hadith. Hasil kajian menunjukkan seni kritik teks hadith telah digunakan oleh tokoh-tokoh hadith terkemuka dalam menilai perawi dan hadith dan ia sekaligus menunjukkan tuduhan sebahagian pihak terhadap ahli hadith adalah tidak berasas.

Description

E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Penyunting Siti Rubaini Mat, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Anita Ismail 19 Disember 2023 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)

Keywords

Kritik teks, status hadith, status perawi, metodologi ahli Hadith, sikap orientalis, penilaian hadith.

Citation

Mat, S.R, Rahman, A.Ab, Abdulah, N. A, Ismail, A. (Eds.). (2023). In E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–214). Penerbit USIM.

Collections