Options
Evolusi Fatwa Zakat Ke Arah Kelestarian Institusi Zakat Di Malaysia
Journal
Journal Of Advanced Islamic And Legal Research
Date Issued
2025
Author(s)
Abstract
Evolusi fatwa zakat di Malaysia memperlihatkan keanjalan ijtihad dalam menyesuaikan hukum dengan perubahan bentuk harta, tuntutan masyarakat, serta kemajuan teknologi. Kajian ini menilai bagaimana evolusi fatwa menyokong kelestarian institusi zakat sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi umat Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen yang melibatkan teks fatwa negeri dan kebangsaan, enakmen pentadbiran agama Islam, laporan institusi zakat serta literatur berwasit. Dapatan menunjukkan empat fasa utama perkembangan: tradisional, institusionalisasi, pemodenan/diversifikasi, dan kelestarian/digitalisasi. Evolusi fatwa telah memperluas asas kutipan (seperti pendapatan, KWSP, saham, dan aset digital), menambah baik mekanisme pembayaran (potongan gaji, perbankan atas talian, aplikasi mudah alih), serta mengukuhkan legitimasi agihan berorientasikan pembangunan asnaf. Walau bagaimanapun, perbezaan fatwa antara negeri, tahap literasi zakat yang tidak seimbang, dan risiko integriti digital kekal sebagai cabaran. Kajian ini menegaskan bahawa fatwa yang progresif, digabungkan dengan tadbir urus profesional dan pendidikan masyarakat, merupakan prasyarat penting untuk menjamin kelestarian institusi zakat di Malaysia.
File(s)
Loading...
Name
The Evolution of Zakat Fatwas and the Sustainability of Zakat Institutions in Malaysia.pdf
Size
510.06 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):96ca08cf6238de7c738bfad001952bb2