Options
Keberkesanan Strategi Komunikasi Bahasa Arab Dalam Meningkatkan Kemahiran Di Kalangan Mutawif Belia
Journal
Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies
ISSN
2289-9944
Date Issued
2024
Author(s)
Azlan Shaiful Baharum
Universiti Sains Islam Malaysia
Ahmad Adnin Husin
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Penggunaan strategi komunikasi Bahasa Arab dalam meningkatkan kemahiran mutawif belia terutama dari sudut konteks mengendalikan jemaah ketika berada di Tanah Suci telah menjadi topik kajian yang semakin penting dan perlu menjadi keutamaan dalam meningkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan mutawif belia. Dalam kajian ini, memaparkan empat objektif utama yang merangkumi analisis strategi komunikasi yang paling berkesan, pengaruh penggunaan Bahasa Arab terhadap kualiti perkhidmatan semasa umrah, dan kesan jangka panjang penggunaan strategi tersebut terhadap kemahiran dan kualiti perkhidmatan selepas kembali dari umrah. Dengan melibatkan responden mutawif belia berumur 15 hingga 45 tahun, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan set soal selidik melalui Google Form untuk mengumpulkan data dari 60 responden yang lengkap. Data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan pelbagai kaedah statistik seperti peratusan, frekuensi, ujian sampel T-Test, dan korelasi Pearson. Dapatan utama kajian ini menunjukkan keberkesanan strategi komunikasi mutawif belia di tanah suci. Strategi komunikasi ini telah terbukti membantu jemaah haji menjalani ibadah dengan lebih lancar dan berkesan, meningkatkan kefahaman dan mengurangkan kebimbangan dalam kalangan jemaah. Hasil ini memberikan keyakinan akan kemampuan instrumen untuk memberikan hasil yang dapat dijanakan merentasi pelbagai sampel yang tersedia, juga memberikan keberkesanan strategi komunikasi Bahasa Arab. Analisis yang telah dijalankan memberikan pemahaman mendalam tentang keperluan mutawif belia dalam menguasai komunikasi Bahasa Arab. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang pentingnya pelaksanaan strategi komunikasi Bahasa Arab yang efektif dalam meningkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan mutawif belia dalam konteks ibadah umrah.
File(s)
Loading...
Name
mqd87.pdf
Size
484.31 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b8998142beaaa8c31cfc7d28b939033b