Options
Perspektif Al-Quran dan Sunnah Terhadap Kemurungan Akademik: Penyelesaian dan Tanda-Tandanya
Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Zul Hakim Bin Ahmad Azli Hafiz
Muhammad Hafiz Bin Mohd Shukri
Ahmad Syafiq Bin Rubaidullah
Shah Rizul Izyan Zulkiply
Abstract
Kemurungan ialah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu sedih berpanjangan, letih, cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian. Terdapat beberapa masalah yang secara khusus dihadapi oleh pelajar iaitu tekanan masa, ketakutan, kegagalan, perjuangan membentuk jati diri serta tekanan kecemerlangan akademik. Antara masalah akademik yang dapat dikesan ialah pelajar mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian ketika belajar dan sukar untuk mengingati apa yang dipelajari dan secara tidak langsung mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan google form kepada 50 orang responden dalam kalangan pelajar Fakulti Al-Quran dan Sunnah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep kemurungan melalui perspektif al-Quran dan hadis serta faktor-faktor yang menyebabkan kemurungan dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian ini mendapati 4 kepingan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah, surah al-Rad dan surah al-Fajr, dan 4 hadis. Selain itu, kajian ini juga mendapati antara faktor yang menyebabkan kemurungan dalam kalangan pelajar ialah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah dengan rakan-rakan dan masalah pembelajaran. Kajian ini menyarankan pelajar Fakulti Pengajian al-Quran dan al-Sunnah memperbanyakkan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bergaul. Kajian ini diharapkan menjadi salah satu usaha untuk membantu pelajar FakultiPengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia dalam mengurangkan bilangan mereka yang menghadapi masalah kemurungan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Perspektif Al-Quran dan Sunnah Terhadap Kemurungan Akademik Penyelesaian dan Tanda-Tandanya.pdf
Size
539.07 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):35a09bf8f9044cd11f9cf7d2fdd286fc