Options
Undang-Undang Kebajikan Haiwan di Malaysia: Perlindungan Terhadap Haiwan Jalanan dalam Perspektif Islam
Date Issued
2024
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Isu kebajikan haiwan jalanan di Malaysia, khususnya melibatkan kucing dan anjing terbiar, menuntut pendekatan yang lebih komprehensif dan berlandaskan nilai-nilai Islam. Kajian ini mengenalpasti elemen-elemen perspektif Islam yang berkait dengan undang-undang kebajikan haiwan di Malaysia, khususnya Akta Kebajikan Haiwan 2015, dalam memperkukuh perlindungan terhadap haiwan jalanan. Kajian ini menggunakan pendekatan doktrinal melalui analisis kandungan bagi mengenal pasti elemen-elemen utama Maqasid Shariah dan Qawaid Fiqhiyyah yang relevan untuk diaplikasikan kepada undang-undang kebajikan haiwan di Malaysia.Berasaskan prinsip maqasid al-shariah dan qawa’id fiqhiyyah, Islam menekankan elemen ihsan, rahmah, dan maslahah dalam memastikan kesejahteraan semua makhluk. Prinsip-prinsip Qawaid Fiqhiyyah perlu diaplikasikan bagi mengurangkan kezaliman terhadap haiwan jalanan dan memelihara kesejahteraan masyarakat. Melalui integrasi prinsip-prinsip Qawaid Fiqhiyyah ke dalam perundangan kebajikan haiwan, kertas kerja ini mencadangkan penambahbaikan kepada perlindungan haiwan jalanan yang mampu memperkukuh tanggungjawab sosial serta membentuk masyarakat yang lebih beretika, prihatin, selaras dengan nilai kemanusiaan dalam Islam.
File(s)
Loading...
Name
Undang-Undang Kebajikan Haiwan di Malaysia.pdf
Size
271.21 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2553079e9a4acda8826a816f3c1c4950